[VIDEO] TikToker terkenal rebah kena ‘chokeslam’ pengadil MMA


  • Podium
  • Sabtu, 23 Sep 2023

Dustinel terpaksa 'makan ubat' yang pedih selepas dijatuhkan oleh pengadil. — Agensi

SUKAN tempur seperti yang kita semua tahu, merupakan pertarungan fizikal yang menggunakan apa saja anggota badan baik kaki, tangan dan sebagainya.

Walaupun ia adalah sukan yang menfokuskan kepada fizikal, tetapi mental juga memainkan peranan. Jika tidak berjaya dikawal, seseorang itu mampu 'koyak' dan akan kecundang kepada lawannya.

Kegagalan melawan mental ketika bertarung turut akan membuatkan seseoran itu akan bertindak luar jangka serta melampaui batas profesionalisme yang telah ditetapkan dalam sesebuah pertandingan.

Itulah yang terjadi sewaktu pertarungan melibatkan dua bintang TikTok, Cedy dan Dustinel di Romania apabila salah seorang daripada mereka hilang pertimbangan diri.

Kejadian itu berlaku sewaktu acara Real Xtreme Fighting (RXF) yang mengadakan pertarungan dalam kalangan pempengaruh dan orang-orang terkenal. Sebelum bermulanya pertarungan, Cedy dan Dustinel berada dalam keadaan mesra dan semangat kesukanan begitu tinggi ditonjolkan mereka.

Namun selepas acara bermula, kedua-dua pempengaruh TikTok tersebut mula bertarung dengan tujuan menewaskan satu sama lain. Dustinel kemudiannya menggunakan teknik takedown untuk mengalahkan Cedy.

Akan tetapi, tindakan itu nyata merugikan Dustinel apabila Cedy berjaya mendapatkan ruang lalu membuatkan 'servis bertukar tangan' apabila berjaya menguasai lehernya.

Gagal untuk keluar daripada situasi itu kerana pergerakan terhad membuatkan Dustinel terpaksa mengalah dan memberikan kemenangan buat Cedy pada pusingan pertama.

dustinel3

Pertarungan antara dua pempengaruh TikTok iaitu Cedy dan Dustinel. — Agensi

Insiden luar jangka berlaku selepas pusingan pertama berakhir. Ketika kedua-dua peserta sedang kembali ke tempat masing-masing, Dustinel yang tidak berpuas hati cuba menyerang Cedy seperti dalam video tular di Twitter (X).

Namun begitu, perbuatannya itu disedari oleh pengadil lalu tindakan pantas diambil bagi mengekang insiden tidak diingini daripada berlaku.

Pengadil dengan pantas masuk campur lalu menghambat Dustinel dengan teknik chokeslam yang sering dilakukan oleh ahli gusti dalam siri World Wrestling Entertainment (WWE).

Tindakan pengadil itu terus memadamkan api kemarahan Dustinel. Sudahlah kalah pusingan pertama, siap kena knockout dengan pengadil pula.

Selepas Dustinel dijatuhkan pengadil, pegawai keselamatan mula masuk ke dalam gelanggang untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan terkawal dan dua pempengaruh itu tidak lagi cuba menyerang antara satu sama lain. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram