Gagal kawal emosi, Kim Swee pernah kritik bintang JDT kurang cerdik


  • Podium
  • Khamis, 21 Sep 2023

Sebelum ini Hazwan Bakri (kanan) antara penyerang yang sering menjadi pilihan pengendali skuad kebangsaan.  — Facebook/FAM

SUKAN Asia 2022 di Hangzhou, China kali ini mempunyai sedikit kelainan apabila kontinjen negara memutuskan untuk tidak menghantar skuad bola sepak negara kendalian Bawah-23 Tahun (B-23) ke temasya berkenaan.

Menyoroti sejarah penyertaan skuad kebangsaan ke kejohanan berkenaan, pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee dahulu pernah membuat aksi persahabatan menentang skuad B-23 China di Qingdao, China sebagai persediaan ke temasya berprestij itu.

Disangka akan menjadi tonik terbaik buat skuad B-23 negara namun pada aksi persahabatan 11 September 2014 itu menyaksikan Harimau Muda merekodkan kekalahan 0-2 di tangan pasukan tuan rumah.

Anak buah Kim Swee itu beraksi baik pada babak pertama apabila mengikat kedudukan 0-0, namun insiden layangan kad merah kepada penyerang, Ahmad Hazwan Bakri pada awal separuh masa kedua memberi tekanan kepada mereka hingga dibolosi dua gol.

Ketika itu, ia kekalahan kedua dialami skuad muda negara selepas tumpas 0-1 kepada Yaman di Shah Alam namun bagi Kim Swee, beliau tetap melihat daripada aspek positif dalam aksi pemanas badan terakhir sebelum ke Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan.

Mengulas mengenai aksi menentang B-23 China tersebut, Kim Swee yang kini mengendali Sabah FC ternyata menzahirkan kekecewaannya terhadap insiden kontroversi membabitkan pemain Johor Darul Takzim (JDT) ketika itu.

malaysia kalah

Reaksi kecewa pemain Harimau Muda negara selepas tewas kepada Korea Selatan, 3-0 pada saingan peringkat kumpulan Sukan Asian Incheon 2014 di Stadium Munhak. — Facebook/FAM

“Kami bermain dengan 10 pemain hampir sepanjang separuh masa kedua dan walaupun dengan kelemahan itu, kami masih bermain dengan baik.

“Ia adalah satu perkara yang bodoh untuk Hazwan lakukan apabila dia diterjah dan membalasnya kembali. Saya perlu bercakap dengannya kerana kami bermain dengan baik pada masa itu dengan skor 0-0.

“Nasib baik isu Hazwan Bakri dibuang padang tidak akan menjejaskan kami untuk Sukan Asia kerana perlawanan ini tidak diiktiraf oleh FIFA dan dimainkan secara tertutup.

“Kami bermain dengan sangat baik pada babak pertama dengan bertahan serta melakukan beberapa percubaan bahaya hingga China hanya mampu melakukan satu percubaan," katanya memetik laporan media pada 11 September 2014.

Perjuangan Harimau Muda terhenti setakat peringkat kumpulan A pada Sukan Asia Incheon 2014 selepas kalah 0-3 kepada Arab Saudi, (0-3 dengan Korea Selatan) dan menang 4-0 ke atas Laos. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram