SELEPAS hanya enam bulan menabur bakti bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC, penyokong Sang Kenari dikejutkan dengan pemergian tonggak naturalisasi, Lee Andrew Tuck.
Selain KDA FC, kelab yang pernah diwakili Lee Tuck di Malaysia adalah Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC dan Terengganu FC sebelum bekas pemain skuad kebangsaan itu dan pulang ke United Kingdom.
Sebelum memulakan karier di KDA FC, Lee Tuck pernah menabur bakti dan mencipta legasi dalam bola sepak tempatan ketika mewakili Terengganu FC.
Lee Tuck merekodkan 15 jaringan dan lapan assists dalam 42 perlawanan bersama Sang Penyu.
Tangkap layar hantaran tersebut. — Instagram/lee_tuck
Bagaimanapun, menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh salah seorang penyokong Sang Penyu di Instagram, abekhalis_ihik, memaparkan kelibat Lee Tuck yang beraksi bersama Terengganu FC dalam satu perlawanan ketika itu.
Hantaran tersebut telah dimuat naik kembali oleh Lee Tuck yang tentunya menimbulkan tanda tanya penyokong tanah air sama ada dia akan kembali beraksi bersama Terengganu atau pun tidak.
Bagaimanapun, dipercayai gambar tersebut hanyalah sekadar 'throwback' dan penyokong tanah air menganggap tindakan Lee Tuck itu seolah-olah memberi gambaran bahawa masih merindui bekas pasukannya itu.
Walaupun belum mengumumkan sebarang persaraan daripada bola sepak, namun Lee Tuck kini sudah mula menceburi bidang lain untuk mencari rezeki.
Difahamkan, dia kini merupakan seorang ejen dalam bidang hartanah dan mempunyai syarikat hartanah sendiri yang dikenali sebagai Unified Properties yang diusahakan bersama-sama isterinya iaitu Georgia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram