'Hidup ini keras', aksi bintang The Rhinos buat 'part-time' cari duit lebih curi tumpuan


  • Podium
  • Khamis, 21 Sep 2023

Sekitar sesi latihan Sabah FC dalam persediaan menjelang Piala AFC. — Facebook/Sabahfc

DALAM kesibukan Sabah FC membuat persiapan akhir menjelang perlawanan Piala AFC 2023 pada Khamis, gelagat penjaga gol Sang Badak, Khairul Fahmi Che Mat sempat mencuri tumpuan penyokong tanah air.

Menerusi perkongsian dari Facebook, My Sabah, Khairul Fahmi atau mesra dengan panggilan Apek itu dilihat seperti sedang mencari 'duit poket' dengan bekerja sebagai seorang peniaga ayam goreng.

Bekas penjaga gol kebangsaan itu dilihat memakai apron sambil menggayakan ciri-ciri seorang peniaga yang sedang menggoreng ayam di sebuah gerai.

WhatsApp Image 2023-09-21 at 11.11.02

Penjaga gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat. — Facebook/MySabah

Bagaimanapun, gelagat itu hanya sekadar gurauan kerana dipercayai Apek membantu rakannya yang merupakan pemilik gerai Ndang's Kitchen yang terletak di Bayu Night Market, Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam pada itu, rata-rata penyokong setia Sang Badak memuji gelagat penjaga gol berusia 34 tahun itu yang mengambil peluang untuk mencari pendapatan sampingan berikutan harga barang kini mendadak naik.

"Bagus ni berniaga, dapat isi poket dan masa selain main bola saja," kata Nur Syah.

"Bagus ini ada inisiatif tambah income," kata Mantad Sazoo.

"Keras kehidupan sekarang ni kena buat usaha jika nak cari rezeki lebih untuk keluarga dan anak-anak," kata Jimmy Mamikat.

Sabah FC akan berdepan wakil Singapura, Hougang United dalam kejohanan Piala AFC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram