Sebelum kemunculan JDT, bola sepak Johor pernah bergolak kerana isu rasuah


  • Podium
  • Rabu, 20 Sep 2023

Bola sepak Johor sebelum ini pernah diuji dengan tuduhan rasuah dalam bola sepak melibatkan pemain mereka. — Agensi

GEJALA rasuah merupakan satu perkara yang amat membimbangkan. Ia berlaku di mana-mana saja termasuklah negara kita.

Ia ibarat sebuah barah, jika tidak dihalang maka rasuah akan terus merebak dan membunuh potensi kemajuan yang boleh diraih.

Rasuah juga boleh terjadi dalam sukan termasuklah bola sepak. Di Malaysia, perkara ini pernah menjadi bualan ramai pihak terutamanya sewaktu isu rasuah bola sepak tahun 1994.

Tapi itu cerita lama. Kini, bola sepak Malaysia dilihat menuju ke arah profesional dan maju. Contohnya boleh dilihat pada kelab Johor Darul Takzim (JDT).

Harimau Selatan semakin lama telah menunjukkan dominasi mereka. JDT juga sudah menjadi antara kelab terbaik di Asia selepas menyertai Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Apa yang berlaku amat baik bagi bola sepak di Johor. Ia telah membantu menutup episod pahit bola sepak di negeri itu seperti yang pernah berlaku pada 2013.

2013 menyaksikan kancah bola sepak Johor diuji apabila terdapat mereka terpalit dengan isu rasuah bola sepak.

Dalam aksi Piala Malaysia 2013, pasukan Johor telah dituduh terlibat dalam rasuah selepas perlawanan menentang Sime Darby FC oleh penyokong mereka sendiri.

Hal ini kerana, Johor yang ketika itu mendahului perlawanan dengan jaringan 2-0 melepaskan kelebihan hingga aksi berakhir menjadi 2-2.

1236099_225873120909328_498806852_n

Farid Ideris antara penjaring Johor ketika bertemu Sime Darby. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Pengurus pasukan Johor ketika itu, On Jabbar berkata, pemain tawar hati untuk bermain kerana semasa mendahului, penyokong melemparkan kata-kata tidak baik kepada mereka.

"Pemain saya berpeluang untuk menang dan masa pun masih panjang, tiba-tiba penyokong bertindak menentang kami dan membaling botol ke dalam padang, ia membuatkan pemain tawar hati.

"Inilah bola sepak, kita tak sentiasa dapat keputusan yang kita mahu tetapi untuk tuduh pemain saya terlibat dengan bookie adalah tak munasabah," kata On Jabbar.

553

On Jabbar merupakan pengurus pasukan Johor sebelum ini. Agensi

Tuduhan yang dianggap liar itu muncul selepas sebuah kumpulan penyokong mengatakan mereka mempunyai maklumat mengenai beberapa pemain Johor ketika itu yang terlibat dalam rasuah bola sepak.

Namun begitu, isu tersebut telah berakhir dan bola sepak di Johor telah mekar dengan baik sejak kehadiran JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram