Bekas bintang Lions XII antara 3 pemain perlu Sabah sekat ketika bertemu Hougang United


  • Podium
  • Rabu, 20 Sep 2023

Gabriel Quak antara ancaman terbesar Hougang United untuk Sabah. — Hougang United Football Club

SABAH FC akan memulakan perjalanan Piala AFC mereka dengan berdepan wakil Singapura iaitu Hougang United.

Menentang pasukan pertengahan Singapura ini telah menjadikan Sabah pasukan pilihan dalam usaha mendapatkan tiga mata.

Namun begitu, itu bukanlah petanda Sabah boleh bersenang-lenang dan memandang rendah kebolehanan Hougang. Jika tersalah langkah, mereka boleh tersungkur di laman sendiri.

Oleh itu, analisis ringkas Majoriti kali ini akan menyenaraikan tiga taruhan terbaik kelab Singapura itu menentang Sabah.

1. Amy Recha

Pemain tengah menyerang Hougang ini merupakan salah satu daripada ancaman yang perlu diawasi oleh pertahanan Sabah.

Amy yang bermain sebanyak 20 daripada 24 perlawanan liga untuk Hougang musim ini telah menghasilkan enam jaringan untuk pasukannya.

352332632_624745242921399_8863444386270227154_n

Amy perlu diawasi rapi oleh pertahanan Sabah. — Hougang United Football Club

Kreativiti pemain ini boleh menjadi punca Sabah akan berdepan masalah apabila menentang mereka. Oleh itu, pertahanan Sang Badak perlu mengawal rapi pergerakan Amy.

2. Gabriel Quak

Satu lagi bekas pemain Lions XII, Gabriel merupakan pemain yang pernah ada pengalaman beraksi di Malaysia.

Beraksi sebagai pemain sayap, Gabriel merupakan pemain yang berpotensi mendapatkan gol untuk Hougang apabila bertemu Sabah.

358139965_734936055308133_747670925196096625_n

Gabriel pernah beraksi di Liga Malaysia bersama-sama Lions XII. — Hougang United Football Club

Bukan setakat jaringan, pemain ini mampu menghasilkan bantuan gol untuk rakan sepasukan ketika diturunkan oleh pengendali, Marko Kraljevic.

Musim ini, Gabriel telah menjaringkan enam gol serta melakukan tiga bantuan jaringan buat kelabnya.

3. Kristijan Krajcek

Pemain paling prolifik Hougang ini perlu diberikan perhatian rapi oleh pertahanan Sabah kerana ancaman olehnya di depan gol.

Pemain dari Croatia ini merupakan seorang pemain sayap, dan gerakan lincah Krajcek cukup berbisa untuk membocori pintu gol Sabah.

360081735_738672858267786_8897925473764257166_n

Krajcek merupakan penjaring terbanyak kelabnya musim ini. — Hougang United Football Club

Krajcek merupakan penjaring terbanyak Hougang musim ini dengan sembilan gol. Dia juga adalah pemain paling kreatif pasukan Singapura itu dengan mencatatkan jumlah bantuan gol yang sama.

Krajcek merupakan ancaman terbesar Sabah pemain yang ditugaskan mengawalnya pasti akan mengharungi 90 minit penuh ranjau untuk menyerap segala tekanannya.

Ancaman dari sebelah tepi

Berdasarkan pemerhatian ini, boleh dikatakan Hougang mempunyai banyak sumber penjaring tetapi lazimnya ia datang daripada sebelah sayap.

Bahagian sayap kiri dan kanan kelab Singapura ini dilihat cukup ampuh dan Sabah perlu memastikan sesiapa yang beraksi baik sebagai full back atau wing-back ikut rapat pergerakan mereka.

Kemungkinan Datuk Ong Kim Swee perlu menukar formasinya iaitu 3-4-3 kepada 4-3-3 atau pun menggunakan lima pemain pertahanan bagi mengekang pergerakan pemain-pemain sayap Hougang.

Apa-apa pun, semoga berjaya buat Sabah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram