[VIDEO] Marah penyokong sendiri, coach lawan backup Greenwood lepas dicaci


Greenwood ketika penampilan pertamanya bersama Getafe pada Ahad. — Agensi

PENGURUS pasukan La Liga Osasuna, Jogoba Arrasate mempertahankan Mason Greenwood selepas penyokong mereka melaungkan 'mati' terhadap pemain pinjaman dari Manchester United itu.

Greenwood membuat penampilan sulung di Getafe pada Ahad yang mana dia dimasukkan pada minit ke-77 untuk bermain buat kali pertama sejak Januari 2022.

Pemain sayap Red Devils, Amad Diallo menunjukkan sokongannya kepada pemain berusia 21 tahun itu di media sosial dengan memuat naik gambar Greenwood sambil meletakkan dua emoji hati.

Namun tidak semua orang memberi sambutan menggalakkan apabila memasuki padang, Greenwood sekumpulan peminat Osasuna melaungkan "Greenwood, mati" kepada lelaki Inggeris itu.

Menurut The Athletic, pemerhati perlawanan rasmi La Liga mendengar laungan itu dan proses disiplin akan dijalankan.

Sementara itu, ketua jurulatih Osasuna, Arrasate juga menyelar peminatnya sendiri kerana ejekan mereka terhadap bintang muda itu.

"Laungan 'F**k Osasuna' sangat buruk dan nyanyian menentang Greenwood juga sangat buruk.

“Dia (Greenwood) adalah seorang pemain yang pada akhirnya sistem keadilan sudah bersuara untuknya.

“Dia seorang pemain yang sangat bagus. Tetapi jika kita bercakap tentang nyanyian, kita harus bercakap tentang semua nyanyian, bukan hanya beberapa,” katanya.

Greenwood mempamerkan aksi berkesan ketika dimasukkan sebagai pemain gantian sewaktu Getafe melakarkan kemenangan 3-2 ke atas Osasuna dalam perlawanan LaLiga di Coliseum Alfonso Perez.

Bekas penyerang England itu tidak beraksi sejak Januari tahun lalu selepas kali terakhir bermain untuk Manchester United ketika menentang West Ham.

Dia ditahan pada Januari tahun lalu atas dakwaan cubaan merogol dan perlakuan ganas, namun semua tuduhan digugurkan Februari lalu.

United bagaimanapun kekal menggantung pemain itu daripada beraksi dan melepaskannya kepada Getafe awal bulan ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram



Lebih Pilihan