'Ia sangat memalukan bila tak main', 2 pemerhati bola sepak gesa Luqman ikut jejak 'ex' JDT


  • Podium
  • Jumaat, 15 Sep 2023

Luqman menjadi pemain Malaysia pertama melakukan debut dalam Liga utama Belgium bersama KV Kortrijk pada 2020.

PERSONALITI televisyen bola sepak, Faiz Gurun dan Keeshmatstats meluahkan rasa kebimbangan terhadap prestasi semasa pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dalam satu program Astro Arena, Bola itu Life baru-baru ini.

Menurut Faiz, ia sesuatu yang tidak bagus untuk pemain berusia 21 tahun itu jika masih belum mendapatkan minit permainan bersama pasukan.

"Aku rasa ini satu perkara yang memalukan apabila dia (Luqman) masih belum bermain dan aku sangat setuju dia kena main.

"Kalau tidak, kita tak boleh terkejut sangat jika nama Luqman Hakim disisihkan daripada 'national setup'," katanya dalam program tersebut.

Luqman Hakim

Luqman menjaringkan dua gol dalam 12 perlawanan terakhir bersama UMF Njardvik.

Manakala Keesh berpendapat Luqman perlu mengikuti jejak langkah bekas pemain Johor Darul Takzim (JDT), Syahrian Abimanyu jika mahu kembalikan prestasi seperti di bawah bimbingan Lim Teong Kim sebelum itu.

"Aksi dia dah jauh jatuh dan aku tak salahkan Luqman, sebab ini yang akan terjadi bila Luqman tak main perlawanan kompetitif secara konsisten.

"Kau akan hilang 'match sharpness', ketandusan keyakinan diri, kesemua perkara itu tidak akan menjadi buat anda, dan kau akan sengsara.

"Tak perlu pergi jauh, boleh tengok Syahrian Abimanyu.

"Abimanyu ketika beraksi bersama JDT dan Newcastle Jets minit permainan dia tidak terlalu tinggi dan kita tak nampak 'the best version' Abimanyu.

"Sekarang ini, Abimanyu dah main dekat Persija Jakarta dan sebelum dia 'join' JDT dia main untuk Madura United.

"Walaupun kedua-dua kelab ini 'in term of' reputasi, kekuatan bawah daripada JDT dan Newcastle Jets. Tetapi kalau tengok aksi Abimanyu atas padang, konsisten minit bermain itu membantu.

"Ia benda sama aku dah cakap dekat Luqman, aku masih ingat lagi Luqman Hakim main bawah (Datuk) Lim Teong Kim dulu, 'he was astonishingly good'," ujarnya.

Sebelum ini, penyokong bola sepak mula mempertikai kualiti yang ada pada Luqman selepas sudah hampir empat tahun menimba ilmu di Eropah.

Prestasi semasa Luqman dilihat tiada perbezaan malah boleh dikatakan semakin ketinggalan jauh berbanding bekas graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) seperti Arif Aiman, Harith Haikal, Najmudin Akmal, Sikh Izhan dan ramai lagi. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram