Dua faktor hampakan cita-cita Wan Zack di Jepun


  • Podium
  • Khamis, 14 Sep 2023

Wan Zack ketika diturunkan dalam perlawanan Ryukyu FC pada musim 2013. — Agensi

PENYERANG sayap negara, Wan Zack Haikal Wan Nor pernah menggegarkan arena bola sepak tanah air apabila mendapat tawaran melebarkan sayap ke luar negara dengan bermain dengan kelab divisyen tiga Jepun, Ryukyu FC pada 2013 selama dua musim.

Namun selepas beberapa bulan di negara Matahari terbit itu, Wan Zack perlahan-lahan semakin kecewa dengan kerjaya profesionalnya di Jepun selepas dibelenggu dengan isu kecederaan dan kekurangan masa bermain.

Difahamkan, sepanjang ketibaannya pada Mac hingga September 2013, pemain kelahiran Pahang itu hanya membuat dua penampilan untuk pasukan yang berpangkalan di Okinawa tersebut.

Disebabkan dua faktor iaitu kecederoaan dan minit permainan, Wan Zack pernah menyatakan hasrat lebih suka kekal bersama pasukan Datuk Ong Kim Swee iaitu Harimau Muda A menjelang Sukan Sea Disember edisi 2013 di Myanmar.

"Adalah lebih baik saya kekal di Malaysia tetapi sudah tentu, saya mempunyai kontrak untuk dihormati dengan Ryukyu. Saya masih mempunyai impian untuk menjadi pemain profesional yang berjaya di luar negara.

"Tetapi jika anda melihat dari sudut berbeza, jika saya kekal bersama skuad Harimau A, saya akan mendapat lebih banyak masa bermain dalam pertandingan dan perlawanan persahabatan menjelang Sukan Sea.

“Namun, jika saya kembali daripada orang ramai akan mengatakan saya tidak cukup kuat. untuk memperjuangkan tempat saya di kelab.

"Saya cedera di Jepun semasa latihan selepas penampilan pertama saya untuk kelab. Ia mengecewakan kerana saya perlu diketepikan selama beberapa bulan,” luahnya memetik laporan media pada 14 September 2013.

WhatsApp Image 2023-09-14 at 11.47.03

Wan Zack pernah berkongsi bahawa kualiti Liga M dan diviysen tiga Jeun adalah setanding. — Agensi

Bekas pemain pasukan Olimpik Malaysia, Wan Zack Haikal juga ketika itu dikaitkan dengan kelab Liga Malaysia yang bersedia untuk membeli kontraknya daripada Ryukyu sebelum kecederaannya tetapi pihak Jepun menolak tawaran berkenaan.

Namun akhirnya, pemain yang kini bersama Perak FC itu membuat pendedahan pada Mac 2014 bahawa dia sudah menandatangani kontrak dengan skuad The Red Warriors (TRW).

Ketika itu, Wan Zack mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya lebih awal selepas dilanda kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) di peha kanannya pada pertengahan musim.

Meskipun FC Ryukyu masih ingin menggunakan khidmat Wan Zack dan sanggup membiayai kos perubatan pemain itu sehingga pulih sepenuhnya namun dia memilih untuk menyambung rawatan di Malaysia. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram