Tinggalkan Sevilla, El Pachu kembali heboh disebut bakal jadi ayam tambatan Harimau Selatan


  • Podium
  • Sabtu, 02 Sep 2023

Barisan pemain JDT yang sentiasa berpuas hati apabila beraksi cemerlang dalam setiap perlawanan liga berlangsung.

HASRAT pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) untuk membawa masuk pemain berkelas dunia dari Eropah kembali terbuka apabila pemenang Piala Dunia Qatar 2022, Papu Gomez bakal meninggalkan Sevilla.

Difahamkan, faktor gaji menjadi antara punca Sevilla mahu melepaskan tonggak berpengalaman itu.

Bagaimanapun, bintang Argentina itu masih belum memberi jawapan mengenai masa depannya sungguhpun permah dikaitkan dengan beberapa kelab Asia seperti di JDT, Qatar dan Saudi.

Pemain berusia 35 tahun itu banyak menghabiskan karier sebagai pemain bola sepak di negara Eropah seperti Liga Ukraine, Itali dan Sepanyol.

WhatsApp Image 2023-09-02 at 15.48.49

Papu Gomez ketika masih beraksi bersama Sevilla. Instagram/papugomez_official

Dia juga mempunyai pengalaman menyarung jersi pasukan San Lorenzo (Argentina), Metalist Kharkiv (Ukraine), Atlanta (Itali) dan kini Sevilla (Sepanyol).

Bagaimanapun, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Gomez bakal ke Harimau Selatan bagi membantu pasukan itu menghadapi kejohanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023/2024.

Gomez yang juga terkenal dengan jolokan El Pachu merupakan seorang pemain yang boleh beraksi sebagai penyerang, pemain sayap dan pemain tengah.

Kehadiran pemain lincah tersebut sudah pasti akan menambah kekuatan skuad Harimau Selatan itu apatah lagi mempunyai pengalaman luas pernah beraksi di pentas tertinggi Eropah.

Terdahulu, pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah menyasarkan untuk membawa masuk bintang kebangsaan Argentina tersebut yang ketika itu masih bersama kelab Sevilla.

Pastinya, Papu Gomez yang kini berstatus sebagai ejen bebas itu memberi peluang kepada JDT untuk menyambar pemain yang pernah menjulang Piala Copa Amerika pada 2021. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram