Bakal bertembung pasukan lama, Aidil Sharin dijangka sukar gugat Nafuziball


  • Podium
  • Jumaat, 01 Sep 2023

Pengendali Kuching City, Aidil Sharin (kiri) dan ketua jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain.

KEDAH Darul Aman (KDA) FC semestinya terkejut apabila gagal mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia 2023 selepas dijinakkan Perak FC dengan agregat 3-4 pada Ogos lepas.

Kekecewaan itu bukan sahaja dirasai skuad Sang Kenari kerana perjalanan sebuah lagi pasukan Liga Super, Kuching City turut terhenti selepas Sabah FC menundukkan The Cats dengan agregat 1-4.

Bagaimanapun, bukan itu yang menjadi topik perbualan utama penyokong kerana kedua-dua pasukan bakal bertembung dalam aksi pembukaan MFL Challenge Cup pada 19 September depan.

Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Bandaraya, Kuching itu bakal menyaksikan pertemuan kembali ketua jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak dengan bekas pasukannya itu.

Kedah v JDT

Sekitar aksi pertembungan antara KDA FC dan Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan Liga Super selepas seri 3-3. Instagram/KDAFC

Musim ini, jurulatih kelahiran Singapura itu diberikan peranan untuk mengendalikan kelab Borneo itu selepas meninggalkan kelab Indonesia, Persikabo 1973.

Aidil yang menggalas tanggungjawab mengemudi Kuching City bakal kembali bertemu dengan Nafuzi yang pernah mengendalikan Sang Penyu musim lepas.

Dalam pertembungan sebelum ini, Aidil Sharin yang pernah mengemudi Kedah FC gagal membaca corak permainan yang diterapkan oleh Nafuzi Zain ketika membimbing Sang Penyu.

Perkara ini dibuktikan pada musim lepas apabila Kedah terpaksa hakikat menerima dua kali kekalahan di tangan Sang Penyu dalam saingan Liga Super 2022 iaitu pada 15 Julai dan 15 Oktober selain dikalahkan dalam saingan Piala FA.

Susulan itu, amat sukar bagi The Cats untuk meraih kemenangan memandangkan rekod musim lepas Sang Kenari gagal menewaskan Terengganu.

Menerusi satu perkongsian daripada penyokong setia Hijau Kuning di laman Facebook, Nuar Pablo mengatakan bahawa Kuching City pasti mengalami situasi sukar untuk menewaskan skuad Sang Kenari kendalian Nafuzi kini.

"Dulu masa coach Aidil Sharin kemudi Kedah, ramuan formula dia tetap tidak boleh kalahkan Terengganu waktu kendalian Nafuzi.

"Tak kira main away atau home, pasti Kedah tidak dapat tewaskan Terengganu.

"Kini, dua legenda ini akan bertemu kembali tapi hanya dibezakan dengan kelab yang dikemudi oleh Aidil dan seterunya dalam bidang kejurulatihan yang mengemudi Kedah sekarang," katanya.

MFL Challenge Cup hanya melibatkan lapan pasukan yang tewas di pusingan 16 dan tidak layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2023.

Antara pasukan yang bakal bersaing dalam kejohanan ini adalah KDA FC, Kelantan United, Kelantan FC, Kuching City FC, PDRM FC, Kuala Lumpur Rovers, Penang FC, Harini Selangor FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram