KETUA jurulatih pasukan futsal Johor Darul Takzim (JDT), Juan Antonio Miguel Garcia, kekal dengan pendirian bahawa pasukannya tidak terjejas tanpa tonggak utama, Ekmal Sharin, menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Futsal Malaysia 2023 menentang Selangor MAC yang berlangsung di Pasir Gudang, Johor pada Sabtu.
JDT mendahului dengan agregat 3-0 hasil kemenangan dalam aksi pertama di Shah Alam pada Isnin lalu.
Bagaimanapun, Juan Antonio enggan melihat kemerosotan prestasi pemainnya memandangkan kelebihan tiga gol berkenaan bukan satu jaminan.
"Benar kami tidak dapat menurunkan Ekmal dalam perlawanan seterusnya tetapi pasukan ini memiliki 18 pemain, jadi tiada masalah.
"Jika pemain kami dapat bermain di posisi yang betul dan memanfaatkan ruang yang ada, kami akan mendapatkan keputusan yang baik," katanya kepada Astro Arena.
Sebagai tambahan, lapan pasukan yang layak adalah JDT, Pahang Rangers, Selangor MAC, Selangor TOT United, Terengganu, Shah Alam City, Kuala Lumpur City dan Pulau Pinang untuk cabaran Piala Futsal Malaysia. — Stadium Astro
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram