
PENJAGA gol kebangsaan, Syihan Hazmi menyedari aksi menentang Syria dan China pada September ini bakal menjadi detik yang cukup penting buat kariernya.
Pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu akan berdepan prospek bertemu penyerang-penyerang terbaik Asia dalam siri perlawanan persahabatan tersebut.
Namun begitu, cabaran yang bakal menanti bukannya akan dipikul Syihan seorang, tetapi turut akan dibawa bersama dua rakan penjaga golnya dalam skuad kebangsaan iaitu Azri Ghani dan Kalamullah Al-Hafiz.
"Bukan saya seorang sahaja yang akan berhadapan dengan cabaran dua negara yang lebih tinggi rankingnya nanti. Rakan sepasukan saya juga begitu ingin membuktikan sesuatu.
"Ini adalah peluang terbaik yang perlu kami ambil sepenuhnya. Dua perlawanan ini adalah sangat bernilai kerana ia akan menentukan di mana bahagian yang perlu dibaiki untuk menjadikan kami pasukan lebih handal di masa akan datang," kata Syihan yang berketinggian 1.85 meter.
Syihan bakal jadi sandaran di pintu gol Harimau Malaya. — Facebook/FAM
Syihan dan rakan-rakan akan berdepan dengan ketajaman penyerang-penyerang Syria seperti Omar Al-Somah, Omar Khribin dan Mahmoud Al-Mawas yang dianggap antara penyerang ampuh di Timur Tengah.
Al-Somah adalah nama yang perlu diberikan perhatian, setakat ini penyerang itu sudah menyumbat 27 gol dalam 27 perlawanan buat kelabnya Al-Arabi.
Dalam masa yang sama, Al-Somah juga cemerlang untuk skuad kebangsaannya apabila telah menjaringkan 19 gol dalam 36 perlawanan.
Azri Ghani menjadi pilihan selepas Damien Lim terpaksa disisihkan. — Facebook/FAM
Selain mereka, penyerang China, Wu Lei serta pemain naturalisasi Elkeson juga antara lawan-lawan bahaya dan Syihan perlu fokus sepenuhnya ketika turun berdepan mereka.
Wu Lei adalah penyerang penuh dengan kelajuan dan telah menjaringkan 14 gol dalam 24 perlawanan untuk Shanghai Port. Dia juga adalah pemain yang boleh melakukan bantuan gol.
Syria dan China adalah pasukan yang menduduki kedudukan 100 terbaik dalam ranking FIFA dan ini adalah satu ujian baik buat Harimau Malaya untuk mengetahui sejauh mana prestasi mereka telah meningkat. — The Star/T. Avineshwaran
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram