[VIDEO] Rizal Ghazali hidup mati bola, Stuart Wilkin tak boleh jauh dengan 'headphones'


  • Podium
  • Jumaat, 01 Sep 2023

Rizal Ghazali tidak boleh berjauhan daripada bola sepak. — Facebook/Sabah FC

SEBAGAI manusia, kita pastinya ada perkara yang tidak boleh hidup tanpanya bukan?

Ia boleh jadi sama ada barangan elektronik, makanan atau pun perhiasaan peribadi yang mempunyai nilai sentimental tersendiri.

Barang-barang ini sekiranya hilang dari penguasaan, pasti akan buatkan seseorang itu tidak keruan dibuatnya untuk mencari semula sehingga jumpa.

Bagi para pemain Sabah FC, mereka juga mempunyai benda yang tidak boleh berjauhan daripada mereka. Jika tidak, pasti hari mereka tidak akan menjadi baik.

369724568_682920073874687_5952809339288564571_n

Darren Lok dan Stuart Wilkin mempunyai perkara tersendiri yang mereka tidak boleh berjauhan. — Facebook/Sabah FC

Dalam sebuah video, pemain-pemain skuad Badak ini disoal mengenai barang apakah yang mereka tidak boleh berenggang walau sesaat pun.

Rata-rata mereka menjawab tidak boleh berjauhan daripada bola sepak. Sehari tak tendang bola, tak lengkap hari mereka.

"Bola sepak. Senang," jawab Darren Lok ringkas.

"Bola sepak. Hari-hari mesti mau bola," ujar Ifan Fazail.

"Sekarang ni bola sepaklah, sekarang ni kalau cuti dua hari tak main pun bosan sudah," kata Rizal Ghazali.

Walaupun ada pemain Sabah FC yang makan bola, tidur bola dan mandi bola, tetapi ada juga yang tidak boleh hidup tanpa benda lain sebagai contoh muzik.

Namun begitu, jawapan oleh Stuart Wilkin paling mencuri tumpuan. Nyata satu alat elektronik ini menjadi nadi penting kepada kelangsungan kariernya di Sabah FC dan pemain kebangsaan itu tidak boleh hidup tanpanya.

"Satu perkara yang saya tak boleh hidup tanpanya? Hmm saya rasa muzik," kata Damien Lim.

"Telefon pintarlah senang cakap," jawab Khairul Fahmi sambil ketawa.

"Noise-cancelling headphones, (ia) sangat penting kerana digunakan sewaktu kita bergerak ke sana sini kerana bermain untuk sabar," jawab Wilkin.

Jelas sekali alat tersebut amat berguna buat Wilkin untuk menikmati muzik kegemarannya sewaktu bergerak bersama skuad Badak ke gelanggang lawan dan alat itu akan menjadi lebih penting apabila Sabah FC mengembara ke serata Asia Tenggara.

Sabah FC akan menentang PSM Makassar, Hougang United dan Haiphong FC dalam saingan Piala AFC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram