Bosan dengan 'sisi baik' FIFA & Football Manager? Ini 3 games bola sepak yang bakal ubah selera anda


  • eSports
  • Sabtu, 02 Sep 2023

Underworld Football Manager adalah contoh permainan bola sepak yang mempunyai rencah berbeza. — Agensi

SABAN tahun, industri e-sukan dan pembuatan permainan video semakin berkembang. Ia boleh dilihat baik dalam peranti konsol atau telefon pintar, begitu banyak permainan baharu dihasilkan.

Begitu juga dengan permaianan bola sepak. Jika sebelum ini, hanya nama-nama seperti FIFA, Pro Evolution Soccer (kini eFootball) dan Football Manager menjadi pilihan ramai untuk melepaskan bosan ketika waktu lapang.

Di peringkat telefon pintar pula, nama seperti Dream League Soccer (DLS) adalah pelopor permainan video bola sepak. Tetapi tahukah anda? Terdapat permainan bola sepak di telefon pintar yang mempunyai twist dan berlainan berbanding DLS?

Berdasarkan pemerhatian Majoriti, inilah tiga permainan bola sepak di telefon pintar yang boleh dicuba untuk mengubah selera anda.

1. Football Chairman (FC)

Permainan oleh Underground Creative ini membolehkan anda menjadi pemilik kelab dan berkuasa ke atas segala jua keputusan kecuali melibatkan taktikal.

FC memboleh anda mencipta kelab, memberikan nama kepada stadium serta membangunkannya, melantik dan memecat pengurus dan melakukan apa saja urus niaga untuk membesarkan kantung pasukan.

CI_QKEAWIAE0Twa

Anda akan menjadi pemilik kelab dalam Football Chairman. — Agensi

Interface permainan ini boleh dianggap ringkas dan tidak berlebihan. Dalam FC, anda perlu membawa kelab dari divisyen lapan bola sepak England sehingga ke saingan utama iaitu English Premier League.

Setiap tindakan anda boleh mengundang suka dan amarah penyokong. FC juga terdapat dalam versi pro dimana anda boleh bermain selain daripada bola sepak England dengan lebih banyak feature di dalamnya.

Permainan ini boleh didapati di App Store dan Google Play Store.

2. Underworld Football Manager (UFM)

Ini merupakan permainan yang mana segala kekerasan digunakan dalam bola sepak. UFM merupakan permainan yang mana anda menjadi pengurus kepada sesebuah pasukan dan perlu merencana taktikal, melatih pemain muda sehingga menjadi bintang terkenal serta memenangi pelbagai piala.

Tetapi dengan twist, dalam UFM pemain boleh bermain kotor dengan melakukan sabotaj kepada kelab lawan, mengupah samseng untuk memukul pemain tertentu di luar stadium sebelum aksi penting dan merasuah pengadil.

643x0w (1)

Anda boleh menyerang pemain lawan dalam Underworld Football Manager. — Agensi

Permainan ini sedikit sebanyak mendedahkan sisi gelap dalam bola sepak. UFM terdapat dalam dua siri dan ianya dibangunkan oleh Stanga Games.

Permainan ini boleh didapati di App Store dan Google Play Store.

3. Soccer Agent: Football Game

Jika dua permaianan pertama, anda menjadi pemilik dan pengurus kelab yang jahat. SA:FG pula memberikan watak sebagai ejen kepada pemain bola sepak.

Dalam permainan ini, anda perlu menjadi ejen kepada pemain bola sepak dengan misi mendapatkan kelab terbaik untuk mereka. Sudah pasti, dengan lebih banyak perpindahan pemain itu dilakukan, untung diterima akan berlipat kali ganda jika ia berjaya.

643x0w

Anda perlu mengurus karier pemain anda dalam Soccer Agent: Football Game. — Agensi

Peratusan yang diterima hasil perpindahan itu boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan mewah seperti kereta sukan dan juga rumah agam yang mewah.

Permainan ini boleh didapati di App Store dan Google Play Store.

Kesemua permainan ini tidaklah begitu detail seperti FIFA dan Football Manager, tetapi ia boleh memberikan rencah yang berbeza kepada minat anda terhadap permainan bola sepak.

Jadi, permainan yang mana anda nak cuba? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram