NAMPAKNYA Sabah FC sudah mula selesa dengan corak permainan pemain import baharu, Ramon Machado yang menyertai Sang Badak pada jendela kedua perpindahan Liga Malaysia (Liga M).
Penyerang berusia 32 tahun itu menjaringkan dua gol ketika membantu Sabah menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) menang 3-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Sabtu.
Pemain import Sepanyol, Miguel Cifuentes pula meledak gol ketiga Sabah pada minit ke-45 manakala gol sagu hati NSFC disumbangkan oleh Hein Htet Aung pada akhir perlawanan.
Selepas wisel penamat ditiupkan, seluruh stadium bergema dengan nama Machado yang telah menjaringkan enam gol dalam tujuh perlawanan Liga Super buat Sabah.
Cifu menjaringkan gol pertamanya bersama Sabah. — Facebook/Sabah FC
Apabila ditanya tentang persembahannya menentang anak-anak buah K.Devan, Machado tidak boleh menyembunyikan perasaan gembiranya.
"Ia adalah malam yang menakjubkan di hadapan penyokong Sabah, kami mahu meneruskan momentum baik ini untuk memastikan kami menamatkan saingan dalam pasukan teratas liga.
"Ia bagus untuk menjaringkan dua gol, tetapi apa yang paling penting, kami meraih tiga mata. Itu bagi saya sangat penting," katanya.
Namun begitu, pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee dilihat sedikit kecewa selepas pasukannya dibolosi pada minit akhir perlawanan.
"Sekirannya mereka berjuang bersungguh-sungguh, kami tidak akan bolos.
"Saya tidak gembira apabila kami melepaskan satu gol, jika kita mahu bermain di pentas terbesar seperti Piala AFC dan Piala Malaysia, jika kita hilang fokus, terutamanya pada separuh masa kedua, kita akan dihukum.
"Rehat antarabangsa akan datang pada masa, saya berharap dapat memperbaiki kelemahan dan kembali dengan fokus yang lebih baik," ujarnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram