[VIDEO] Nyaris ditembak sekumpulan lelaki, bintang EPL jadi ‘hero’ selamatkan ahli keluarga


  • Podium
  • Rabu, 30 Ogos 2023

Tangkap layar video Lascalles diserang oleh enam hingga lapan lelaki pada Ahad.

POLIS sedang menyiasat pergaduhan di pusat bandar yang melibatkan kapten Newcastle, Jamaal Lascelles selepas dia mendakwa sekumpulan lelaki ‘mengugut untuk menembak’ pemain itu serta adiknya.

Pegawai Polis Northumbria dipanggil berikutan insiden pergaduhan di Westgate Road, Newcastle, England pada awal pagi Ahad (20 Ogos).

Ketika itu, Lascelles sedang keluar bersama adik lelaki serta rakannya yang mana mereka baru sahaja meninggalkan kelab malam sebelum sekumpulan lelaki datang menghampiri.

Selepas menghampiri seorang lelaki bertindak menyiku adik lelakinya yang berusia 19 tahun di bahagian kerongkong dalam insiden tersebut.

Seorang saksi kejadian berkata, pemain pertahanan itu mempertahankan adiknya dengan menolak suspek sebelum tercetusnya pergaduhan itu.

Menurut saksi, salah seorang daripada suspek bertindak membaling botol kaca ke arah pemain itu sebelum enam hingga lapan lelaki kemudian menyerangnya.

Lascelles sempat menjatuhkan seorang lelaki manakala adiknya ditumbuk pada bahagian muka dan mengalami kecederaan.

Rakannya itu pula ditendang pada bahagian kepala dan pengsan di tempat kejadian.

Semasa kejadian sekumpulan lelaki itu dipercaya berkata, akan 'menembak' pemain pertahan berusia 29 tahun itu.

Sekumpulan suspek kemudiannya melarikan diri sebelum pegawai kecemasan tiba dan mereka dibawa ke hospital.

Setakat ini, masih belum ada sebarang tangkapan dibuat oleh pihak polis Northumbria. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram