Enggan letak jawatan, Presiden RFEF cium bibir pemain mengaku tidak bersalah


  • Podium
  • Sabtu, 26 Ogos 2023

Insiden kontroversi pada penyerahan pingat dan trofi Piala Dunia membabitkan Hermoso dan Rubiales pada Ahad. — Agensi

PERSEKUTUAN Bolasepak Sepanyol (RFEF) mahu mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan Presiden RFEF, Luis Rubiales walaupun dia berdepan pelbagai kritikan kerana mencium bibir pemain Sepanyol, Jenni Hermoso secara paksa selepas perlawanan akhir Piala Dunia Wanita baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, RFEF menyatakan akan kemukakan bukti bahawa terdapat pembohongan apa yang berlaku ke atas Jenni ataupun individu yang bercakap bagi pihaknya.

Rubiales pada Jumaat tidak mahu meletakkan jawatan sebagai Presiden RFEF sambil mempertahankan tindakannya itu dengan berkata, ciuman tersebut hanya berlaku secara spontan.

Jenni

Jenni dan Rubiales berpelukan selepas Sepanyol menjuarai Piala Dunia Wanita 2023.

Sebelum ini, Jenni berkata, dia berasa seperti diserang oleh Rubiales yang memaksa menciumnya selepas perlawanan akhir Piala Dunia.

"Saya berasa terdedah dan menjadi mangsa serangan, tindakan impulsif, tanpa kerelaan daripada saya. Saya tidak dihormati," kata Jenni dalam satu kenyataan.

Rubiales dikecam di seluruh dunia sejak perlawanan akhir pada Ahad lalu tetapi enggan meletakkan jawatannya pada Jumaat lalu ketika mesyuarat tergempar RFEF berlangsung.

Tindakan itu mendorong Jenni dan 80 pemain lain melancarkan mogok daripada tugasan pasukan kebangsaan sehingga 'kepimpinan' bertukar.

Jenni berkata, dia berasa terkejut dan selepas memikirkannya berkata, dia ingin menjelaskan bahawa tiada siapa yang layak menjadi mangsa jenis kelakuan tanpa persetujuan ini, yang mana ia berlaku tanpa toleransi.

"Saya yakin sebagai juara dunia kita tidak layak menerima budaya yang begitu manipulatif, bermusuhan dan mengawal.

"Kata-kata Rubiales yang menjelaskan kejadian malang itu adalah palsu dan sebahagian daripada budaya manipulatif yang dia sendiri hasilkan," jelasnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram