Awas The Rhinos! Perak ada kelebihan besar lakar kejutan Piala Malaysia


  • Podium
  • Selasa, 22 Ogos 2023

Sebahagian aksi gembira Perak FC selepas layak ke suku akhir Piala Malaysia. — Instagram/perakofficial_

PASUKAN Sabah FC menepati ramalan layak ke suku akhir Piala Malaysia apabila menang agregat 4-1 ke atas Kuching City FC meskipun seri 1-1 ketika aksi timbal balik pusingan 16 yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu.

Selain Sabah, Perak FC juga layak ke suku akhir Piala Malaysia apabila menyingkirkan Kedah Darul Aman FC di peringkat pertama dengan agregat 4-3.

Dengan kemenangan kedua-dua pasukan itu, aksi suku akhir pula akan mempertemukan skuad Seladang dan Sang Badak dalam edisi Piala Malaysia 2023 kali ini.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan tersebut pernah bertembung dan kemenangan berpihak kepada Sang Badak yang berjaya membenam Perak dengan skor 3-1 dalam saingan Liga Super pada 23 Mei lalu.

Namun, saingan dalam suku akhir kali ini dijangka Sabah FC bakal mengalami sedikit kesukaran untuk meraih kemenangan berikutan terdapat beberapa perkara yang menjadi penghalang utama pasukan itu.

Hal ini kerana, difahamkan The Rhinos mempunyai jadual perlawanan yang agak padat jika dibandingkan dengan Perak FC.

Jadual skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu dijangka padat kerana perlu beraksi dalam saingan Piala AFC 2022 yang bakal berlangsung pada 19 atau 20 September depan.

WhatsApp Image 2023-08-21 at 22.39.30

Sabah FC berjaya ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Kuching City FC. — Facebook/officialsabahfc

Ia sekali gus memberi peluang kepada skuad Seladang untuk memanfaatkan peluang keemasan tersebut agar meraih kemenangan di laman pihak lawan.

Hal ini kerana, jadual yang ditetapkan dalam pertembungan tersebut adalah pada 15 September untuk perlawanan pertama di Stadium Likas dan aksi timbal balik bertarikh 23 September yang berlangsung di Stadium Ipoh, Perak.

Susulan itu, ia memberi kelebihan terhadap skuad didikan, Yusri Che Lah kerana tentunya mempunyai masa rehat yang mencukupi untuk kekal bertenaga dan cergas dalam kedua-dua laga tersebut.

Rentetan jadual padat tersebut, pastinya barisan pemain Sang Badak dijangka keletihan berikutan tiga perlawanan yang bakal dihadapi.

Kepadatan jadual itu boleh memberi kesan kepada pemain terutama kepada pemain yang baru sembuh daripada kecederaan seperti pemain Indonesia, Saddil Ramdani.

Oleh itu, terdapat penyokong Sang Badak memberikan pendapat mengenai perkara tersebut.

"Sabah akan main game AFC Cup sekitar 19 dan 20 September bermakna dalam tempoh seminggu, Sabah akan bermain tiga game.'

"Suatu tekanan buat Sabah kerana jadual padat dan keletihan, jadi Perak perlu memanfaatkan keadaan tekanan Sabah itu," kata MNukhta Musa. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram