[VIDEO] Penyokong wanita antara mangsa 'kegilaan' casual baling besi, tangga


  • Podium
  • Rabu, 23 Ogos 2023

Tangkap layar casual Ajaccio membaling tangga dan besi panjang ke arah penyokong Bordeaux.

PENYOKONG AC Ajaccio dan FC Girondins de Bordeaux terlibat dalam satu pergaduhan sehingga peminat Bordeaux terpaksa melindungi kepala mereka daripada diserang oleh casual tuan rumah (Ajaccio).

Pergaduhan itu dipercayai berlaku semasa penyokong pelawat ingin berjalan keluar daripada Stadium Stade Francois Coty, Perancis pada Selasa.

Video pergaduhan itu tular di media sosial yang mana memperlihatkan sekumpulan penyokong Bordeaux terpaksa melindungi kepala mereka kerana casual Ajaccio membaling barang ke arah mereka.

Malah casual Ajaccio tanpa berfikir panjang turut membaling sebatang besi ke arah penyokong Bordeaux yang berlindung daripada keganasan dilakukan mereka itu.

Bukan sahaja sebatang tiang, casual Ajaccio turut membaling tangga ke arah mangsa yang mana juga terdapat penyokong wanita dalam kumpulan itu.

Dalam perlawanan itu, Ajaccio dan Bordeaux terikat dengan keputusan 0-0 yang mana pasukan pelawat lebih mengawal kesuluruhan permainan.

Berkemungkinan casual Ajaccio bertindak sebegitu terhadap penyokong pelawat kerana tidak berpuas hati dengan layangan kad merah oleh pengadil kepada Julien Benhaim (Ajaccio) dalam perlawanan Ligue 2 (Perancis) itu.

Meskipun beraksi menentang 10 pemain, Bordeaux gagal memanfaatkan peluang yang terhidang sekali gus keputusan kekal 0-0 sehingga tamat perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram