[VIDEO] Zainal Abidin akui bertemu Fyna, mahu selesaikan hal tertangguh


  • Podium
  • Selasa, 22 Ogos 2023

Tangkap layar memaparkan Zainal Abidin dan Fyna sedang menikmati juadah di sebuah restoran sekitar Damansara.

"MEMANG, memang itu saya. Saya jumpa bekas isteri kedua. Memang, kita sudah berpisah dengan cara damai. Pergi makan, berjumpa untuk menyelesaikan beberapa masalah."

Itulah komen yang diberikan legenda bola sepak tanah air, Datuk Zainal Abidin Hassan mengenai sebuah video tular yang memaparkannya menikmati juadah bersama penyanyi, Fyna Jebat di sebuah restoran sekitar Petaling Jaya, Selangor.

Penjelasan itu dibuat dalam sesi temu bual Nindia Bola anjuran Astro Arena dengan perkara itu ditanyakan supaya menjawab tanda tanya yang kini tersebar dalam kalangan orang ramai.

Pertemuan tersebut tular di media sosial memandangkan kedua-dua individu tersebut difahamkan sudah bercerai, namun tarikh perpisahan itu tidak dikongsikan kepada umum.

Difahamkan, pasangan itu sudah membina rumah tangga Januari lalu dengan perkara itu hanya diketahui keluarga terdekat dan rakan akrab masing-masing.

Berdasarkan maklumat diperoleh, Fyna merupakan isteri kedua kepada bekas ketua jurulatih Penang FC itu selepas dia sudah mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya, Datin Zalini Zaini sejak 1980 dan dikurniakan tiga cahaya mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram