Fans kayangan Arab hadiahkan jam tangan Rolex buat bintang buangan Liverpool, tapi lain pula jadinya


  • Podium
  • Selasa, 15 Ogos 2023

Bekas pemain Liverpool, Fabinho meraikan kemenangan bersama Al Ittihad. — Instagram/ittihadclub.sa

BEKAS pemain tengah Liverpool, Fabio Henrique Tavares atau dikenali sebagai Fabinho dihadiahkan sebuah jam tangan Rolex oleh peminat selepas penampilan sulungnya di Al-Ittihad menentang Al Raed pada Isnin.

Dalam perlawanan pembukaan Liga Pro Saudi tersebut, Al-Ittihad berjaya menang selesa dengan keputusan 3-0.

Jaringan Al-Ittihad disumbangkan oleh Abderrazak Hamdallah yang meledak satu gol sementara dua lagi jaringan dicetak oleh Igor Coronado.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di Twitter @football_tweet, kelihatan seorang peminat sedang menantikan kehadiran Fabinho di luar stadium sambil memegang jam tangan Rolex mencuri tumpuan.

Dalam rakaman video tersebut, peminat tersebut meletakkan jam tangan Rolex di pergelangan tangan bekas pemain Liga Eropah itu.

Namun begitu, gembira dengan hadiah tersebut, Fabinho tidak sengaja menjatuhkan jam tangan tersebut tapi dengan cepat mengambilnya kembali.

Pemain Brazil itu menerima Rolex yang tidak dijangka sebagai hadiah daripada peminat untuk aksi persembahannya yang sudah berkerja keras untuk pasukan Al Ittihad.

Fabinho menjadi pemain terbaharu yang mengambil keputusan untuk meninggalkan kancah bola sepak eropah dan menuju ke saingan Liga Pro Saudi dengan menyertai Al Ittihad bersama Karima Benzema dan N’golo Kante. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram