'Nope', TMJ nafi Jordi Amat tinggalkan JDT ke kelab Turkiye


  • Podium
  • Isnin, 14 Ogos 2023

Sekitar aksi menarik Jordi Amat ketika menentang Perak FC. — Instagram/jordiamat5

BARU-BARU ini, juara bertahan Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) dikhabarkan akan kehilangan khidmat ketua pasukan, Jordi Amat selepas dikaitkan dengan perpindahan ke sebuah kelab di Turkiye.

Difahamkan, Amat yang juga merupakan bek kental Harimau Selatan mendapat tawaran daripada kelab Turkiye, Trabzonspor dan dikatakan pasukan berkenaan ingin menawarkan kontrak selama setahun kepada bekas pemain La Liga tersebut.

Perkara itu turut disahkan benar selepas media turki, turkiyegazetesi menyatakan bahawa pemain berusia 31 tahun itu akan berada di Turki dalam tempoh seminggu untuk menandatangani kontrak.

WhatsApp Image 2023-08-14 at 19.15.53

Tangkap layar hantaran di Instagram tersebut. — Instagram

Dalam laporan media itu juga menyatakan bahawa jurulatih Trabzonspor iaitu Nenad Bjelica yang sendiri menginginkan khidmat Amat bagi memperbaiki kualiti dalam skuadnya pada musim ini.

Bagaimanapun, khabar angin tersebut terus dijawab oleh pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim yang tampil menafikan perkara tersebut menerusi satu pesanan yang ditinggalkan dalam ruangan komen.

Menerusi tangkap layar di Instagram, yang menggunakan akaun Instagram, @hrhcrownprinceofjohor, Tunku Ismail, menafikan perpindahan pemain kebangsaan Indonesia itu seperti yang dihebohkan sebelum ini.

"Nope (Tidak)," kata TMJ dalam hantaran tersebut.

Oleh itu, terjawablah sudah teka-teki perpindahan Jordi Amat yang dikhabarkan akan meninggalkan pasukan JDT.

Jordi Amat merupakan pemain pertahanan berpengalaman setelah beraksi bersama beberapa kelab gergasi Eropah seperti Swansea City, RCS Espanyol, Celta Vigo, Real Betis dan KAS Eupen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram