Gagal dapat import, fans Kelantan bagai dah reda kelab tersingkir Liga M3


  • Podium
  • Selasa, 15 Ogos 2023

Barisan pemain Kelantan FC meraikan kemenangan kali kedua menewaskan skuad Jang dalam perlawanan Liga Super. — Facebook/MFL

KELANTAN FC tidak berjaya mengekalkan momentum kemenangan selepas dibolosi sehingga 0-8 dalam aksi Liga Super menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada Isnin.

Sebelum itu, skuad The Red Warriors (TRW) berjaya menamatkan kemarau kemenangan sejak April lalu selepas mudah menumpaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan keputusan 2-0 menerusi jaringan pemain import, Leonardo Rolon.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad itu menyaksikan kemenangan buat kali kedua pasukan Kijang Merah.

WhatsApp Image 2023-08-15 at 00.16.55

Sekitar aksi menarik antara Kelantan FC berdepan NSFC. — Facebook/MFL

Keputusan Ketua Jurulatih TRW, Alfredo mengambil risiko mempertaruhkan pemain muda dalam perlawanan terbabit yang antara lain merupakan perkara yang menarik perhatian penyokong bola sepak tanah air.

Bagaimanapun, di sebalik kemenangan itu, terdapat beberapa penyokong mula mempersoalkan status import baharu Kelantan FC yang masih belum diturunkan dalam mana-mana perlawanan setakat ini.

Sebelum ini, Kelantan FC dilaporkan menandatangani empat pemain import baharu iaitu Aliakbar Ahmadi, Allie Sisse, Ahmed Magdy dan Dennis Bushening.

Menerusi satu perkongsian di Twitter Astro Arena, rayuan Kelantan ditolak oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan empat import baharu TRW tidak boleh didaftarkan.

Susulan kejadian itu, kemungkinan besar TRW terpaksa melupakan khidmat mereka untuk baki saingan musim ini dan harus meletakkan kepercayaan kepada barisan pemain muda sedia ada untuk mengelakkan daripada tersingkir dari Liga Super.

Perkara itu turut disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman dalam satu kenyataan yang mengatakan bahawa Kelantan FC masih tidak boleh mendaftarkan empat pemain import yang baru ditandatangani oleh TRW.

Ini kerana, rayuan yang dibuat oleh badan induk berhubung perkara berkaitan pendaftaran ditolak oleh FIFA.

F3gUgPIaQAACjf6

Oleh itu, berita kurang gembira itu pastinya memberi impak kepada prestasi Kelantan untuk menghadapi baki saingan musim ini.

Apatah lagi dengan kedudukan kedua tercorot dalam carta liga ketika ini, TRW berisiko tersingkir ke Liga M3 selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memaklumkan bahawa dua pasukan tercorot Liga Super musim ini boleh tersingkir ke saingan divisyen ketiga itu.

Selepas pusingan pertama liga sudahpun berakhir dan pusingan kedua sudah memanaskan enjin, prestasi semasa Kelantan tidak begitu memberangsangkan sehingga ada dalam kalangan penyokong yang reda jika TRW terhumban ke Liga M3 musim depan.

"Tengok gaya lepas kalah dengan Terengganu FC sampai 8-0, Kelantan dah tak nampak masa depan di Liga Super," kata seorang penyokong Jalal Hashim.

Seorang lagi penyokong, Tok Jai juga kesal kerana muka-muka import baharu yang diperkenalkan hanya memanaskan kerusi penyokong kerana mereka tidak dapat beraksi dalam saingan liga.

"Dah dua kali tengok import baharu TRW duduk tengok dari seat penyokong. Kalau macam ni sampai hujung musim tak kemanalah skuad Kelantan ini.

"Kalau kena turun Liga M3 musim depan pun reda sajalah, nak buat apa je lagi," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram