JOHOR Darul Takzim (JDT) terus mendominasi takhta Liga Super apabila mudah menewaskan Sabah FC dengan keputusan 5-1 walaupun beraksi di hadapan ribuan penyokong Sang Badak pada Rabu.
Bergson da Silva berjaya mencatatkan hatrik dalam perlawanan itu manakala dua gol lagi disumbangkan oleh Juan Muniz dan Heberty Fernandes.
Walaupun Sabah membuka akaun jaringan awal menerusi Jafri Firdaus Chew ia tidak menghalang anak-anak buah Esteban Solari untuk mengamuk di Stadium Likas, Sabah.
Rata-rata penyokong Sabah mendakwa punca kekalahan Sang Badak ialah daripada keputusan pengadil yang memberikan sepakan penalti kepada JDT.
Susulan daripada kekecewaan kekalahan dan tidak berpuas hati dengan prestasi pengadil, penyokong Sabah bertindak membaling botol, plastik dan sisa-sisa makanan ke dalam padang.
Namun, tindakan itu hanya dilakukan oleh segelintir individu dan ada juga penyokong bertindak untuk mengecam tindakan mereka yang melakukan perbuatan itu.
"Aku sebagai penyokong Sabah FC berasa sangat kecewa dengan perangai penyokong kita macam ini bila jumpa JDT di Stadium Likas.
"Apa yang kamu dapat baling sampah? Kalau kamu kutip balik tak apa ini biar macam itu sahaja selepas habis game.
"Ubahlah sikap ini dah 2023, dari tahun lalu kejadian yang sama berlaku berulang-ulang," kata Mc Kenzo.
Untuk info, Stadium Likas kini dalam proses penambahbaikan yang mana beberapa kawasan sedang dinaik taraf demi keselesaan penyokong yang hadir ke stadium.
"Penyokong punya salah, sampah yang dibuang kalau macam ini perangai lebih bagus jangan datang," luah Ryan Ree.
"Perbuatan yang tak ada faedahnya," jelas Kaamanelus.
"Jangan bagi stadium kotor, jaga mentaliti itu jangan terikut-ikut macam yang lain," luah Epul Kedebong.
Sabah selepas ini akan melayan kunjungan Kuala Lumpur City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas pada Ahad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram