Lima bekas bintang JDT pernah jadi solusi segera perkuat Harimau Malaya


  • Podium
  • Selasa, 08 Ogos 2023

Skuad Harimau Malaya ternyata bukan tandingan Tajikistan apabila tumpas 1-4 dalam aksi persahabatan pada 8 Ogos 2014. — Facebook

SEMBILAN tahun lalu, bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Dollah Salleh telah menurunkan pasukan berpengalaman dalam perlawanan persahabatan menentang Tajikistan di Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan pada 8 Ogos 2014.

Ia merupakan perlawanan pertama Dollah yang menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih skuad kebangsaan ketika itu.

Cuma, Dollah dilaporkan hanya memiliki masa lima hari untuk persediaan pasukan bagi tugasan menentang Tajikistan yang menduduki ranking ke-127 dunia itu.

Ketika itu, jurulatih berusia 60 tahun tersebut terpaksa mengharapkan lima pemain utama skuad kebangsaan yang juga bekas bintang Johor Darul Takzim iaitu Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak yang menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Amri Yahyah dan Mohd Safee Sali untuk memperkuatkan skuad Harimau Malaya.

Ketika itu, Dollah dilaporkan berkata, skuad kebangsaan hanya mempunyai masa singkat untuk membuat persiapan bagi perlawanan tersebut.

WhatsApp Image 2023-08-08 at 12.32.26

Skuad Harimau Malaya memiliki masa persiapan yang singkat berdepan aksi persahabatan ketika 2014. — Facebook

Oleh itu, beliau hanya bergantung kepada barisan pemain berpengalaman untuk meraih kemenangan.

Selain itu, beliau turut melaporkan bahawa belum ada senarai kesebelasan utama ketika itu kerana setiap pemain sudah bekerja keras dan ia adalah petanda yang baik untuk pasukan.

Dalam perlawanan persahabatan tersebut, skuad negara jelas bukan tandingan Tajikistan selepas tewas 1-4. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram