Perak Bison enggan selesa, sasar kemenangan musim depan


  • Podium
  • Isnin, 07 Ogos 2023

Sebahagian aksi menarik yang ditampilkan oleh Perak Bison dan Negeri Sembilan Antlers pada aksi final STLCC. — Facebook/STL

SELEPAS meraih gelaran naib juara Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) Champions Cup, Perak Bison mahu fokus persiapan ke final jika layak ke pentas akhir musim depan.

Perak Bison yang menjejak kaki di pentas final buat kali kedua selepas edisi 2017 mempertaruhkan Aidil Aiman, Noraizat Nordin dan tekong import mereka, Jakkrit Tinbambon, untuk memulakan aksi di Iskandar Malaysia Studios itu dengan sangat agresif dan meninggalkan Antlers 11-8.

Berkongsi kepada Majoriti, Pengurus Perak Bison, Syamsul Istar Ibrahim berkata, belum ada persiapan yang rapi untuk persiapan musim depan namun pasukan itu akan mengekalkan momentum dengan mengikuti beberapa kejohanan lain.

"Untuk STL musim depan, kita belum ada lagi persiapan secara terus sebab kita masih ada kejohanan-kejohanan lain yang tetapi masih menggunakan pemain sama. Dari kejohanan itu, kita akan teruskan momentum untuk kejohanan lain," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2023-08-07 at 21.11.03 (1)

Barisan pihak pengurusan dan pemain Perak Bison. — Facebook/PerakBison

Di samping itu, Syamsul Istar juga turut berkongsi mengenai barisan pemain tempatan mahupun import difahamkan akan dikekalkan tetapi bergantung kepada availability mereka.

"Untuk pemain tempatan, Insya-ALLAH kita akan cuba kekalkan sebab kebanyakan daripada mereka memang berkhidmat untuk negeri Perak.

"Kalau import pula, dua orang dari pasukan kita berasal dari Thailand pula dan kita kena tengok jadual kejohanan di negara mereka, jika available, kemungkinan besar kita cuba kekalkan," kongsinya.

Syamsul Istar juga berharap agar pasukan Perak Bison akan mengekalkan momentum dan mempertahankan kejuaraan namun tidak mahu meletakkan tekanan tinggi kepada barisan pemain itu.

"Sasaran STL musim depan pula since tahun ini kita sudah dapat kejuaraan, kita cuba sedaya upaya untuk mempertahankan tapi kita tak nak letak tekanan terlalu tinggi kepada pemain, kita cuba bagi saingan sengit untuk kejuaraan," jelasnya.

Bertanya mengenai prestasi barisan kejurulatihan Perak Bison, Syamsul Istar turut mempunyai pandangan peribadi mengenai perkara tersebut.

"Kita tengok kepada availability coach sebab pasukan kita bukanlah pasukan profesional sebab masing-masing ada tugasan dan juga kerja hakiki, jadi kena tengok availability mereka.

"Kalau ikutkan memang kita berpuas hati dengan prestasi coach kita, prestasi dan juga komitmen yang diberi, kita cuba kekalkan, cuma kena bergantung dengan jadual pertandingan sama ada available atau tak.

"Pada pandangan peribadi saya, saya sangat berpuas hati dan kita cuba mengekalkan (jurulatih) cuma kita terikat dengan kerja dan di bawah persatuan, namun kita akan beri cadangan kepada Persatuan Sepak Takraw Perak Bison...kalau dipersetujui, kita cuba kekalkan," katanya.

WhatsApp Image 2023-08-07 at 21.11.03

Sekitar aksi menari antara Perak Bison dan Negeri Sembilan Antlers pada aksi final STLCC. — Facebook/STL

Dalam pada itu, Syamsul Istar juga memuji squad depth pasukannya itu kerana tidak mensia-siakan peluang yang diberikan apabila mampu menggalas tugas sebagai pemain simpanan selepas berjaya meraih kemenangan untuk minggu keenam dan ketujuh kejohanan Liga Premier Emas Anuar STL.

Ini kerana, ketiadaan pemain utama pasukan Perak Bison yang mewakili negara ke Kejohanan king's Cup yang bertempat di Thailand memberi ruang kepada pemain simpanan untuk menampilkan bakat mereka.

"Dari segi liga, kita nampak yang squad depth berbakat kerana apabila ketiga-tiga pemain utama kita mewakili negara ke Kejohanan King's Cups Thailand, pemain simpanan pasukan Perak Bison beraksi sangat baik.

"Apabila pemain simpanan diberikan peluang, mereka menggunakan peluang itu sebaik mungkin dan pasukan kami mampu memenangi minggu keenam dan ketujuh daripada lapan minggu dan mengekalkan kemenangan tersebut," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram