PEP GUARDIOLA memberi amaran terhadap kesan lanjutan masa tambahan perlawanan sehingga 101 minit selepas tewas ketika menentang Arsenal dalam perlawanan Piala Komuniti di Stadium Wembley, London, England pada Ahad.
Lapan minit masa tambahan ditambah disebabkan peraturan baharu yang akan digunakan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini bertujuan supaya mengelakkan pemain tidak melambatkan-lambatkan masa permainan.
Manchester City yang tewas kepada Arsenal menerusi sepakan penalti 1-4 itu selepas terikat 1-1 dalam waktu sebenar, memberitahu sebelum perlawanan bahawa tambahan masa yang banyak bukanlah solusi terbaik untuk menghapuskan budaya melambat-lambatkan perlawanan.
Pep tidak bersetuju dengan sistem tambahan masa sehingga lapan minit. — Agensi
Pengendali Manchester City itu menyifatkan keputusan EPL itu keterlaluan untuk memberikan masa tambahan sebanyak lapan minit yang mana perkara tersebut tidak dipersetujui oleh pemain dan jurulatih.
"Ia sangat menjengkelkan, tapi kami perlu biasa dengan keadaan ini. Saya mempunyai perasaan, bukan kerana kami mendahului 1-0 tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan dalam tempoh lapan minit.
"Ia soalan yang bagus untuk pihak penganjur kerana mereka membuat keputusan itu dengan tidak berbincang bersama pihak kelab, jurulatih dan pemain. Sekarang perlawanan akan menjadi 100 minit seperti apa yang berlaku hari ini (Ahad).
"Mereka melanjutkan masa untuk meraikan gol. Jika keputusan perlawanan 4-3 anda (pengadil) meletakkan 45 saat untuk setiap tujuh gol, esok pukul 9 pagi saya masih di sini bermain bola sepak," kata Pep.
Arsenal menjuarai Piala Komuniti untuk musim 2023/2024. — Agensi
Manchester City terikat 1-1 pada minit ke-101 perlawanan yang menyaksikan Leandro Trossard menjaringkan gol buat Arsenal sebelum wisel penamat ditiupkan.
Saingan EPL akan membuka tirai pada Sabtu (12 Ogos) dengan sebanyak enam aksi akan dimainkan pada perlawanan pembukaan liga itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram