Seo Seon-ung bakal berwajah baharu?, 2 pemain pernah hadapi situasi sama di Liga M musim ini


  • Podium
  • Ahad, 06 Ogos 2023

Rodney dilayangkan kad merah selepas menendang muka Seo sehingga menyebabkan kecederaan patah hidung. — Facebook

MINGGU ini dalam perlawanan Piala Malaysia 2023 seorang pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) telah dilayangkan kad merah susulan tindaknya ke atas import Perak FC, Seo Seon-ung pada Khamis.

Rodney Calvin bertindak menendang muka pemain import kelahiran Korea Selatan itu sehingga mengalami kecederaan patah hidung.

Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi berkongsi kecederaan dialami Seo memerlukan pemain itu berehat bagi satu tempoh yang agak panjang.

Bagaimanapun, baru-baru ini pemain Kedah itu tampil memohon maaf secara terbuka menerusi laman Instagram miliknya kepada Seo atas insiden tersebut.

Inilah lumrah bola sepak apabila pemain berhadapan risiko untuk mengalami apa jua kecederaan.

Kecederaan yang dialami Seo ini mungkin memaksanya untuk memakai peralatan perlindungan muka jika dia dibenarkan untuk turun beraksi bersama pasukan.

Namun ini bukanlah pemain pertama yang akan memakai pelindung muka dalam Liga Malaysia, Majoriti senaraikan dua bintang turut pernah senasib dengan Seo musim ini:

Safuwan Baharuddin

Bersama Negeri Sembilan Safuwan pernah memakai alat pelindung kepala itu. Facebook

1. Safuwan Baharudin

Musim lalu, Selangor FC terpaksa melupakan khidmat pemain import, Safuwan Baharudin untuk tempoh yang panjang selepas pemain kelahiran Singapura itu mengalami kecederaan di bahagian otak (mild traumatic brain injury).

Safuwan diberi rehat yang panjang selepas kata sepakat Jabatan Perubatan Kelab Selangor FC serta khidmat nasihat beberapa pakar bedah saraf bagi memberi perhatian sepenuhnya kepada proses pemulihan dan rehabilitasi kecederaan yang dialaminya.

Pemain berusia 31 tahun itu, mengalami kecederaan ‘cerebral concussion’ semasa menentang PJ City FC pada musim lalu ekoran hentakan di kepala selepas bertembung dengan pemain lawan sehingga memaksa dia dikeluarkan bagi mendapatkan rawatan sepenuhnya.

Kesan daripada kecederaan itu, Safuwan terpaksa memakai pelindung kepala sehingga musim ini bersama Negeri Sembilan FC.

Namun sejak menyertai Selangor kembali pemain kelahiran Singapura itu dilihat tidak lagi memakai pelindung kepala ketika beraksi di atas padang.

Izham Tarmizi

Izham terpaksa diusung keluar selepas alami pelanggaran dengan Hasbullah. Facebook

2. Izham Tarmizi

Debut Izham Tarmizi bersama Sri Pahang berakhir dengan tragedi apabila pemain berusia 32 tahun itu terpaksa diusung keluar selepas alami pelanggaran dengan Hasbullah Abu Bakar dalam perlawanan Liga Super pada 26 Februari lalu.

Kecederaan yang dialami sungguh mengerikan sehingga terpaksa dikerjakan ke hospital dengan kadar segera.

Keadaan itu berlaku dengan pantas lalu mempelihatkan kelibat bekas penjaga gol Harimau Muda A itu sudah terbaring di atas padang.

Kesan daripada itu, Izham terpaksa menerima beberapa jahitan dan beraksi menggunakan pelindung kepala sehingga kecederaannya itu pulih. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram