Bakal diganti import Jepun, TMJ tampil bidas kenyataan Leandro keluar JDT


  • Podium
  • Rabu, 02 Ogos 2023

Musim ini, Leandro menjaringkan lima gol dan melakukan tujuh bantuan gol dalam saingan Liga Super buat JDT. — Facebook/JDT

PENYOKONG Harimau Selatan boleh menarik nafas lega apabila pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menegaskan bahawa arkitek tengah, Leandro Velazquez akan kekal bersama JDT

Kenyataan dari TMJ itu hadir selepas khabar angin mengatakan perancang tengah Harimau Selatan itu akan meninggalkan JDT selepas kontrak pemain import dari Argentina itu akan tamat pada 2 Ogos 2023.

Oleh itu, tidak hairanlah jika khabar angin Leandro akan meninggalkan Harimau Selatan akan terjadi selepas lima tahun bersama JDT menjulang kejuaraan di peringkat domestik dan Asia.

“No, still JDT (Tidak, masih JDT,” ujar Tunku Ismail pada ruangan komen sebuah portal sukan.

WhatsApp Image 2023-08-02 at 20.37.12

Tangkap layar komen dari TMJ.

Sebelumnya, desas-desus tersebut diperkuatkan lagi apabila juara bertahan Liga Super itu akan digantikan dengan kemasukan import Jepun.

Pemain yang difahamkan sedang berada dalam radar JDT adalah Takahiro Kunimoto atau lebih dikenali sebagai Kuni yang mana pemain itu berpengalaman beraksi bersama pasukan gergasi Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai.

Malah, video terbaharu JDT di laman media sosial rasmi mereka yang menunjukkan budaya Jepun seperti memberi bayangan bahawa juara Piala FA 2023 itu bakal membawa masuk import dari negara matahari terbit tersebut.

Berdasarkan laman Transfermrkt, profil pemain berusia 25 tahun itu sudah dilabel sebagai pemain JDT walaupun tiada sebarang pengesahan rasmi lagi dari pihak pengurusan Harimau Selatan.

Kehadiran Kunimoto akan membantu skuad kendalian Esteban Solari di bahagian tengah dengan pasukan tersebut kini dalam persediaan untuk Liga Juara-juara Asia (ACL). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram