WALAUPUN Bojan Hodak sudah sah menjadi pengendali Persib Bandung namun muncul dakwaan mengatakan bahawa beliau bukanlah pilihan utama apabila difahamkan kelab tersebut terlebih dahulu melamar Park Hang-seo.
Perkara tersebut muncul selepas wartawan Vietnam, Minh Hai mendakwa bekas jurulatih pasukan kebangsaan mereka itu menerima tawaran daripada pasukan Liga Divisyen Satu Indonesia itu.
Laporan berita dari media Vietnam, Danviet menyatakan bahawa gaji yang ditawarkan Persib Bandung juga agak lumayan iaitu 22.5 bilion dong Vietnam atau sekitar RM4.3 juta setahun.
Hang-seo bagaimanapun menolak tawaran Persib Bandung atas sebab keluarga, selain jurulatih dari Korea Selatan itu juga difahamkan ingin memberi fokusnya untuk membangunkan akademi di Vietnam.
Terdahulu, Hang-seo pernah mengejutkan arena bola sepak tanah air apabila dikatakan menawarkan diri untuk menjadi ketua jurulatih pasukan Malaysia dan sanggup meninggalkan Vietnam.
Hang-seo sudah berpisah dengan skuad Golden Star Warriors selepas saingan Piala AFF 2022. — Agensi
Pengendali berusia 65 tahun itu menawarkan diri bagi menggantikan Tan Cheng Hoe namun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) lebih memilih Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih baharu pasukan negara.
Oleh itu, kelab dengan jolokan Pangeran Biru tersebut akhirnya memilih bekas pengendali Kuala Lumpur (KL) City tersebut untuk mengemudi Persib Bandung pada musim ini.
Tiga musim bersama KL City, Bojan membawa KL skuad Warga Kota memperoleh satu kejuaraan iaitu Piala Malaysia 2021, serta membantu pasukan tersebut ke final Piala AFC 2022 dan Piala FA 2023.
Dengan pengalamannya itu, tidak hairanlah apabila kehadirannya juga segera memberi impak positif yang mena menyaksikan Persib Bandung meraih kemenangan pertama dalam Liga 1 2023/2024 selepas menundukkan Persik Kediri dengan jaringan 2-1. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram