Berjaya raih pingat perak di Indonesia, Nor Haikal pasang impian liga domestik eFootball diwujudkan


  • eSports
  • Sabtu, 29 Jul 2023

Haikal (kanan) berjaya meraih pingat gangsa dalam kejohanan IeFL 2023. — Facebook

MENYUMBANG satu pingat gangsa pada kejohanan IFeL SEA Championship 2023, Pemain eFooball JDT|GBX, Mohamad Nor Haikal Mohamad Noh terus mengharumkan nama negara di persada Asean baru-baru ini.

Thailand menjuarai IFeL SEA Championship 2023 selepas menewaskan tuan rumah Indonesia dengan keputusan 3-1 sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.

Manakala Malaysia meraih tempat ketiga dan Vietnam di posisi yang keempat dan membawa pulang hadiah sebanyak RM3,000.

Haikal berkongsi persiapannya untuk menghadapi kejohanan IFeL serta meluahkan perasaannya selepas berjaya meraih pingat gangsa.

"Saya berpuas hati kerana kita kalah dengan negara yang betul bersedia kerana mereka mempunyai liga sendiri.

"Jadi mereka lebih bersedia dan ini merupakan satu pencapaian terbaik untuk Malaysia daripada kejohanan sebelum ini.

"Persiapan saya untuk kejohanan ini tidur secukupnya dan faktor makanan juga saya jaga.

"Seperti latihan saya akan lebih kalau sebelum ini enam jam, kini lapan jam untuk saya betul-betul bersaing dengan negara lain," katanya kepada Majoriti.

IeFL

Antara peserta yang menyertai IeFL 2023. — Facebook

Haikal berkongsi ini merupakan pengalaman pertamanya konsol dan permainan mobile digabungkan menjadi satu pasukan.

"Ini merupakan pengalaman pertama saya konsol dan mobile digandingkan menjadi satu pasukan.

"Ia merupakan cabaran baharu untuk saya, pengalaman paling indah bagi saya selepas beraksi di hadapan ribuan penyokong Indonesia dan menewaskan dengan keputusan 1-0.

"Perlawanan paling sukar ialah menentang Thailand kerana mereka betul-betul kuat dari segi mental dan strategi tapi kami masih mampu beri saingan," jelasnya.

JDT-GBX

Haikal disambut pihak pengurusan JDT|GBX Esports di Malaysia. — Facebook

Haikal berharap di masa akan datang, Malaysia mampu mewujudkan liga eFootball untuk pemain eSukan dalam bidang ini terus maju ke hadapan.

"Saya harap pihak berwajib dapat mengwujudkan liga eFootball di Malaysia kerana kita banyak pemain yang berbakat.

"Tetapi mereka tiada platform untuk lebih maju kehadapan dan secara tidak langsung kita dapat melahirkan banyak pemain bertaraf dunia," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram