KHABAR angin perpindahan pemain naturalisasi kebangsaan, Lee Andrew Tuck ke Selangor FC semakin hangat diperkatakan penyokong bola sepak di negara ini.
Meskipun tiada pengesahan daripada mana-mana pihak, namun penyokong seperti dapat menghidu destinasi terbaharu Lee Tuck ditambah pula dengan penggantungan Faisal Halim selama empat bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Rabu.
Lee Tuck yang menjadi tunjang utama skuad kendalian Nafuzi Zain musim ini ternyata membuatkan ramai penyokong Kedah terkejut dengan 'mutual agreement' yang dilakukannya bersama pihak pengurusan Hijau Kuning.
Setakat ini, pemain berusia 35 tahun itu berjaya melakukan lima jaringan serta tujuh bantuan gol dalam 15 penampilan dalam perlawanan Liga Super.
Bersama skuad kebangsaan, Lee Tuck berjaya menghasilkan tiga gol, satu assist dalam sembilan perlawanan sejak bergelar pemain naturalisasi Harimau Malaya.
Kedah melepaskan Lee Tuck atas persetujuan bersama. — Facebook/Kedah Darul Aman FC
Impak yang dibawa Lee Tuck ke dalam skuad Hijau Kuning dan Harimau Malaya ternyata memberikan keterujaan buat penyokong-penyokong Selangor yang menyambut khabar angin perpindahan pemain itu ke dalam skuad kendalian Tan Cheng Hoe.
"Dapat dia pun okay, untuk 'back up' posisi Faisal Halim, selepas ini kalau habis 'game' harap jangan bagi dia layan media sangat," kata Adib Syauqi.
"Harap jadi kenyataan, lagi pun Lee Tuck guna kouta pemain tempatan dan dia punya semangat lain macam," ujar Azrin Wahab.
"Saya suka Lee Tuck, dia ini tak pernah kenal erti penat lelah," jelas Muhd Rohib.
"Lee Tuck ini ibarat jelmaan Josip Biskic walaupun dah berusia tapi tetap rajin atas padang," luah Muhd Wmt.
Selain Selangor, Lee Tuck juga dikaitkan ke Sabah FC bagi menggantikan posisi ditinggalkan oleh Baddrol Bakhtiar yang memilih untuk menyertai dunia politik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram