'Dah boleh sign ex Buriram United', sekatan perpindahan Kelantan ditarik balik


  • Podium
  • Khamis, 27 Jul 2023

Dennis dikaitkan dengan pasukan Kelantan. — Agensi

KELANTAN FC diberi talian hayat kedua dalam jendela perpindahan kali ini selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan bahawa sekatan membawa masuk pemain baharu ditarik balik.

MFL dalam satu kenyataan menerusi laman rasmi Facebook mengumumkan perkara itu sekali gus ini bermaksud The Red Warriors boleh mendaftarkan pemain pada jendela perpindahan kedua kali ini.

"Badan bebas, 'First Instance Body' (FIB) memaklumkan sekatan perpindahan pemain Kelantan FC pada jendela kedua ditarik balik bermula hari ini (Khamis).

"FIB mengambil maklum dan telah menerima segala dokumen yang diperlukan untuk menarik balik perintah sekatan perpindahan pemain jendela kedua," katanya dalam satu kenyataan.

Dennis

Dennis Buschening dikaitkan bakal sertai TRW. — Facebook/TRW Kelantan FC

Bagaimanapun, penarikan balik sekatan perpindahan pemain tidak akan mempunyai sebarang impak atas tindakan yang diambil oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ataupun Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Kelantan.

"Namun begitu, penarikan balik sekatan perpindahan pemain ini adalah berbeza dan tidak mempunyai impak ke atas sebarang sekatan perpindahan pemain yang dikenakan oleh FAM ataupun FIFA selepas ini," jelasnya.

Perkhabaran ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada pengendali Kelantan FC, Angel Alfredo Vera yang mahu memperkuatkan pasukan semasa jendela perpindahan kedua ini.

Kelantan kini bebas membawa masuk pemain bagi memperkuat pasukan untuk mengharungi baki saingan Liga Super dan kejohanan Piala Malaysia 2023 yang akan berlangsung tidak lama lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram