Kogi sebut 2 nama team beri penghargaan, jadi bayangan destinasi seterusnya?


  • Podium
  • Khamis, 20 Jul 2023

Kogi antara pemain yang berada dalam skuad Piala AFF Suzuki 2022. — Facebook

R. KOGILESWARAN sudah pun memutuskan untuk menamatkan kontrak bersama kelab Korea Selatan, Chungbuk Cheongju FC selepas hanya tampil sekali dalam Piala FA liga negara tersebut.

Kogileswaran ataupun pemain yang mesra dengan sapaan Kogi itu berkata, dia membuat keputusan untuk menamatkan kontrak secara persetujuan bersama dan pihak Chungbuk turut bertindak membayar pampasan kepadanya.

Semasa sidang media bersama Astro Arena, pemain berusia 24 tahun itu seolah-olah memberi bayangan kelab yang bakal disertainya selepas menyebut dua nama pasukan yang meningkatkan nilai komersial Liga Malaysia (Liga M).

Pemain sayap kebangsaan itu juga tidak menolak untuk kembali beraksi di luar negara jika mendapat tawaran baharu.

"Jika saya dapat offer lagi, saya akan pergi. Misi saya nak bantu liga terus meningkat seperti Johor Darul Takzim (JDT) dan Selangor FC tengah buat.

"TMJ banyak bantu Harimau Malaya, Coach Kim Pan-gon juga banyak membantu bola menuju ke arah lebih baik, apa yang TMJ buat paling baik untuk tingkatkan Liga M," katanya pada Astro Arena.

Kogi

Kogileswaran. Astro Arena

Kogi juga sempat memuji dan kagum melihat perkembangan Pemain Paling Bernilai (MVP) musim 2022, Arif Aiman Hanapi yang semakin dari masa ke semasa.

"Arif Aiman muda tapi saya kagum dengan dia.

"Dia memang international, player, tapi jika dapat offer, dia pasti akan buat yang terbaik.

"Tapi sekarang dia dah berada dalam platform betul dengan JDT," ujarnya.

Menerusi posting wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam Twitter, turut memberi 'hint' pasukan baharu yang akan disertai Kogileswaran.

"R. Kogileswaran sah tamat kontrak bersama Chungbuk Cheongju FC menerusi 'mutual agreement'.

"Dalam tempoh 24 jam, Kogi akan buat keputusan mengenai pasukan barunya membabitkan sebuah pasukan dari Lembah Klang atau Utara Tanah Air," ciapnya.

Bekas pemain Sri Pahang FC juga mendedahkan dalam tempoh 24 jam, dia akan mengumumkan pasukan baharu yang akan dia sertai.

"Kenyataan rasmi akan dibuat dalam 24 jam, pasukan itu akan diumum di media sosial, ada tawaran tapi akan kena tunggu esok," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram