Jerteh Town FC komited ketengahkan bakat-bakat muda bola sepak


  • Podium
  • Ahad, 16 Jul 2023

Barisan pemain muda Jerteh Town FC yang beraksi dengan baik bersama pasukan tersebut. 

JERTEH Town FC antara pasukan Liga Amatur Besut yang mengetengahkan bakat-bakat muda bola sepak di daerah Besut.

Baru-baru ini, Jerteh Town FC dinobatkan juara dalam Kejohanan Pra Dun U25 di padang UMK Bachok anjuran Pertubuhan Pengadil Bola Sepak Bachok Bersatu.

Pasukan di bawah kendalian Hazman Muhammad dan Hafiz Arif itu ditubuhkan pada 1 Januari 2021 dan Jerteh Town FC adalah antara pasukan hebat di daerah Besut.

Di samping itu, Fahim Nazran selaku pengurus pasukan Jerteh Town FC tersebut.

Pasukan tersebut juga bercita-cita untuk menjadi salah satu skuad yang dikenali di rantau Asia dan mempunyai fasiliti kelab sendiri.

WhatsApp Image 2023-07-16 at 15.22.04

Antara aksi barisan pemain Jerteh Town FC.

Kini, Jerteh Town FC bersaing dalam Kejohanan Liga Amatur Besut dan mereka perlu bekerja keras untuk menduduki tempat teratas liga tersebut dan layak ke peringkat yang lebih tinggi.

Demi menggapai cita-cita tersebut, Jerteh Town FC perlu memperkasakan lagi pasukan dari setiap sudut dan sentiasa bersedia untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran yang menjadi asam garam bola sepak.

Pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu juga berharap agar usaha mereka mengetengahkan bakat-bakat muda bola sepak di daerah Besut dapat menarik perhatian para penaja yang berminat untuk melakar sejarah di dalam bola sepak Malaysia.

Pasukan Jerteh Town FC menyeru kepada para penyokong bola sepak negeri Terengganu mahupun negara untuk memberi sokongan yang tak berbelah bahagi demi membantu mereka mencapai impian anak-anak jati daerah Besut menjadi pemain yang lebih menyinar di luar sana. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram