Padang 'cow grass' bukan masalah, JDT hormat Kelantan sebagai lawan


  • Podium
  • Jumaat, 14 Jul 2023

Mohamadou Sumareh dan Aidil Zafuan ketika sesi latihan menjelang aksi bertemu TRW. — Facebook/JDT

PENGENDALI Johor Darul Takzim (JDT), Esteban Solari menepis tanggapan bahawa pasukannya akan menumpaskan Kelantan dengan mudah pada pertembungan aksi Liga Super di Stadium Sultan Mohammad IV di Kota Baru, Kelantan pada Jumaat.

Di atas kertas, JDT mendahului kedudukan dengan 48 mata, 14 lebih banyak daripada Selangor di tempat kedua dan berdasarkan statistik itu ia sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk mengatasi pasukan di tangga terbawah seperti Kelantan.

Malah, Harimau Selatan juga sekali gus tidak berdepan tentangan untuk melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada 17 perlawanan.

Ketua jurulatih dari Argentina itu bagaimanapun tetap berhati-hati dengan kemungkinan lawan mereka menggunakan taktik bertahan dan mengecewakan percubaan JDT untuk mendapatkan kelebihan.

“Walaupun Kelantan berada di tangga terbawah liga, kami tetap menghormati mereka dan tidak akan memandang rendah mereka.

"Pemain JDT mesti sentiasa bersedia untuk meningkatkan persembahan mereka. Kami perlu meneruskan kualiti yang sama dan prestasi berintensiti tinggi untuk membawa pulang tiga mata.

match trw jdt

Pada aksi 11 Mac lalu, JDT menang 4-1 ke atas pasukan berpangkalan di Pantai Timur itu. — Facebook/JDT

“Ia satu perlawanan penting kerana selepas itu, kami akan bermain di final Piala FA (pada 22 Julai menentang Kuala Lumpur).

“Sama juga dengan aksi menentang Negeri Sembilan, kami akan pertingkatkan lagi rentak permainan dan menyusun strategi yang ampuh kerana kami sedar pasukan lawan akan cuba memberi saingan sengit.

Ditanya mengenai keadaan padang, Solari tidak menganggap ia akan menjejaskan rentak permainan skuad Harimau Selatan.

“Kami sudah biasa bermain di padang cow grass dan tidak terjejas dengan kualiti padang kerana di pusat latihan, kami didedahkan dengan latihan di padang yang sama," tambahnya.

Untuk rekod, JDT menang 5-1 pada aksi pusingan pertama 11 Mac lalu dan ia juga merupakan kali pertama gawang skuad Harimau Selatan itu dibolosi hasil sepakan penalti pemain import lawan, Leonardo Rolon. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram