[VIDEO] Cedera paha kiri tapi Azreen tak putus asa bantu negara ke final 4x100m


  • Podium
  • Rabu, 12 Jul 2023

Azreen merupakan sandaran negara untuk kategori 4x100m Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand.

HARAPAN kuartet 4x100m wanita negara untuk melayakkan diri ke pusingan akhir berdepan kesukaran pada awalnya apabila pelari pertama, Azreen Nabila Alias berdepan kecederaan.

Dalam satu ciapan wartawan tempatan, Fina Nasrom, atlet berkenaan difahamkan mengalami kecederaan peha kiri di 40 meter terakhir.

Hantaran tersebut dibuat berserta satu video yang memaparkan Azreen diusung pihak perubatan untuk diberikan rawatan.

Bagaimanapun, cabaran berkenaan tidak memberi kesan buat kuartet negara apabila pengganti atlet berkenaan, Nurul Aliah Maisarah Nor Azmi beraksi dengan cemerlang.

Catatan masa ketiga terpantas yang dicatatkan dalam saringan ketiga membolehkan mereka mengesahkan tempat dalam final Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram