HASRAT kuartet 4x100 meter (m) negara untuk melakar kejutan di Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand tidak kesampaian apabila mereka hanya menamatkan perlumbaan akhir di tempat keenam.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Suphachalasai, Thailand pada Rabu, kuartet lelaki negara yang dibarisi Muhammad Azeem Fahmi, Khairul Hafiz Jantan, Jonathan Nyepa dan Mohammad Thaqif Hisham mencatatkan keputusan masa 39.17 saat (s).
Pencapaian itu jelas meletakkan mereka jauh berbanding kuartet Thailand yang mencatat masa terpantas 38.55s dengan ia merupakan rekod baharu kejohanan.
Bagaimanapun, Azeem serta rakan-rakannya seperti tidak terlalu kecewa dengan kedudukan berkenaan melihat kepada perasaan ditunjukkan masing-masing selepas perlumbaan itu.
Menerusi satu hantaran di Twitter Astro Arena, kuartet negara dilihat masih mampu melakar senyuman ketika disoal wartawan tempatan, Fina Nasrom.
Selepas hanya tamatkan larian di tempat ke-6, ini reaksi kuartet 4 X 100 Meter lelaki negara!#NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/zujOBYWGDe
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 12, 2023
"Sejujurnya, pertandingan hari ini cukup sengit, tak boleh saya nafikan. Ini juga merupakan kali pertama kami berlari bersama-sama sebagai sebuah pasukan di peringkat tertinggi dalam rantau Asia Tenggara.
"Untuk saya dan kami sendiri, kami rasa catatan yang kami perolehi tadi sangat baik kerana ia merupakan antara catatan paling laju pasukan negara pernah lakukan," kata Azeem.
Tidak cukup dengan itu, atlet berusia 19 tahun tersebut juga sempat tersenyum ke lensa kamera sementara Fina mengajukan soalan kepada Khairul Hafiz Jantan.
Perkara berkenaan jelas cukup disenangi orang ramai memandangkan kuartet yang dipilih mempunyai masa depan yang baik melihat kepada prestasi masing-masing. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram