[VIDEO] Gara-gara tak puas hati, lelaki berlumuran darah dihentak 'bodyguard' guna besi di Pudu


  • Tular
  • Jumaat, 28 Okt 2022

Tangkap layar video kelihatan mangsa terbaring di atas jalan berlumuran darah selepas disyaki dipukul dengan besi.

TULAR video rakaman kejadian pergaduhan yang didakwa melibatkan seorang pengawal peribadi dan seorang lelaki sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala pada Khamis.

Berdasarkan video yang dirakam penduduk kawasan terbabit, kelihatan mangsa terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah selepas disyaki dipukul dengan besi oleh pengawal peribadi terbabit.

Pergaduhan itu berlaku dipercayai berpunca daripada rasa ketidakpuasan hati suspek dan mangsa kerana terlibat dalam satu kemalangan kecil.

Menerusi video itu, mangsa yang dibantu oleh penduduk kawasan itu dilihat berada dalam keadaan lemah selepas mengalami pendarahan di kepala.

Difahamkan kemalangan yang berjaya dirakam itu berlaku di Flat Jalan San Peng, Pudu, Kuala Lumpur.

Tinjauan Majoriti di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai berang dengan tindakan suspek kepada mangsa yang boleh menyebabkan kematian.

"Kemalangan berlaku tanpa diduga, kalau dah accident pergilah buat laporan polis, boleh claim insurans," jelas Abd Hamidon.

"Kenapa pukul guna besi sampai berdarah? Siapa yang bagi kuasa dekat bodyguard itu?" ujar Adham Azeem.

"Buat tak guna akal macam itulah, kalau dah mati orang itu tak pasal-pasal masuk penjara," kata Siti Maisarah.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram