Aksi 'bonzer' Bojan Hodak elak pemain TFC-KL City bergaduh besar


  • Podium
  • Sabtu, 08 Jul 2023

Beberapa orang pemain KL City dilihat turut cuba menenangkan rakan sepasukan yang terbabit dalam insiden tegang yang berlaku selepas tamat perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada Jumaat.

SATU insiden tegang dilaporkan berlaku di tepi padang antara pemain Kuala Lumpur (KL) City FC dan Terengganu FC selepas tamat perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada Jumaat.

Difahamkan, kejadian yang turut dirakam dalam video tular berdurasi 23 saat itu berpunca daripada tindakan penyerang skuad Sang Penyu, Ivan Mamut yang memulakan provokasi terhadap beberapa orang pemain skuad Warga Kota.

Menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, insiden tersebut juga menimbulkan kemarahan daripada Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner terhadap sikap ditunjukkan tonggak import pasukannya itu.

"Tindakan Ivan Mamut mulakan pergaduhan dengan rakan sepasukan Sony Norde dan kemudian Romel Morales selepas tamat perlawanan buat Tomislav berang.

"He need to be smart, this is not 1st time (Dia perlu lebih bijak, ini bukan kali pertama)," tulis ciapan Fina Nasrom di Twitternya yang turut berkongsikan rakaman insiden berkenaan.

Berdasarkan klip tersebut, Ketua Jurulatih KL City FC, Bojan Hodak turut tampil bagi meleraikan keadaan dengan beliau dilihat menenangkan Romel yang dilihat agak berang dengan situasi yang berlaku dan cuba menerpa ke arah Ivan.

Usaha meredakan pergaduhan yang berlaku itu dilihat turut dibantu oleh beberapa orang pemain daripada kedua-dua pasukan.

Situasi tegang itu hanya berlaku beberapa saat dengan pemain daripada kedua-dua pasukan kemudiannya dapat disuraikan dan terus meninggalkan padang.

Aksi sengit antara KL City dan Terengganu pada perlawanan ke-16 Liga Super 2023 itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 3-3. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram