Tiga sebab Al-Hafiz gagal berikan impak seperti mana diharapkan penyokong Hijau Kuning


  • Podium
  • Jumaat, 07 Jul 2023

Al-Hafiz Harun gagal memberikan impak seperti mana diharapkan penyokong Hijau Kuning. — Facebook/KDAFC

SEJAK tiba di Kedah Darul Aman (KDA) FC pada musim lalu, Al-Hafiz Harun gagal memberikan impak seperti mana diharapkan penyokong Hijau Kuning.

Khabar angin ketika ini kuat mengatakan bahawa pemain berkenaan dilihat akan meninggalkan skuad Sang Kenari memandangkan khidmatnya sudah tidak lagi ditagih.

Persoalan mula timbul mengenai pergelutan yang dihadapinya sepanjang dua musim dalam kelab itu apabila dia pernah mencuri tumpuan sepanjang berada di Penang FC.

Di samping mempunyai kebolehan untuk mencari peluang gol, pemain berusia 29 tahun itu juga sering memberikan ruang untuk rakan sepasukannya mendapatkan jaringan dengan kepintaran untuk menggunakan tubuh badannya yang kecil.

Ia dapat disaksikan apabila dia pernah menjadi salah seorang tonggak buat skuad Harimau Kumbang yang menamatkan musim 2021 di tangga ketiga.

Namun, nasib Al-Hafiz berubah pada musim berikutnya apabila dia memilih untuk menyertai KDA FC memandangkan skuad Sang Kenari layak ke Piala Asia 2023.

Tetapi, kini, selepas dua musim, pemain bertubuh kecil itu dilihat masih bergelut untuk mendapatkan minit permainan, sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Melihat kepada situasi Al-Hafiz di Kedah, terdapat tiga faktor utama di sebalik kemerosotan ketara yang dialami bekas tonggak Penang FC itu

1. Taktikal tak sesuai

Al-Hafiz Harun in action for Kedah. - Photo by Kedah FC

Nasib Al-Hafiz berubah pada musim berikutnya apabila dia memilih untuk menyertai KDA FC. — Facebook/KDAFC

Taktikal yang digunakan Nafuzi dilihat mungkin kurang sesuai bagi Al-Hafiz untuk mengembangkan lagi bakatnya di atas padang.

Seperti mana yang kita ketahui, Al-Hafiz adalah seorang pemain yang lebih suka menggelecek bola daripada melakukan hantaran kepada rakan sepasukan.

Namun, melihat kepada gaya permainan Nafuzi, jurulatih itu kerap menggunakan taktikal yang berlandaskan hantaran pantas dalam kalangan pemain.

2. Nafuzi tak berani ubah posisi

2157201

Nafuzi dilihat sebagai seorang jurulatih yang bertegas untuk menggunakan taktikal kegemarannya. — Facebook/KDAFC

Melihat kepada beberapa siri kekalahan Sang Kenari sebelum ini, Nafuzi dilihat sebagai seorang jurulatih yang bertegas untuk menggunakan taktikal kegemarannya.

Berdasarkan pemerhatian, jurulatih muda berkenaan lebih cenderung untuk mengarahkan anak-anak buahnya bermain mengikut perancangannya meskipun mereka mempunyai kelebihan tersendiri.

Ia jelas memberi kesan terhadap gaya permainan Al-Hafiz sehinggakan dia kadang-kadang dilihat tidak dapat mengikut rentak permainan jurulatih tersebut.

3. Persaingan sengit

2097353

Fayadh Zulkifli antara pemain yang kerap diturunkan pada musim lalu sekali gus menyebabkan Al-Hafiz kurang minit permainan. — Facebook/KDAFC

Musim lalu, Al-Hafiz tidak dapat diturunkan dengan kerap memandangkan bekas pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak kerap menggunakan khidmat Fayadh Zulkifli Amin dan Mahmoud al-Mardi.

Tahun ini pula, Nafuzi lebih gemar meletakkan kepercayaan di bahu Manuel Hidalgo dan Lee Tuck, sekali gus menjadikan peluang Al-Hafiz semakin terjejas.

Setakat musim ini, pemain sayap berkenaan hanya diturunkan sebanyak 11 kali dengan hanya lima daripadanya merupakan penampilan dari bangku simpananan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram