Ada 3 sebab Sang Penyu perlu buru Petrus Shitembi jadi rekrut ketika jendela perpindahan kedua


  • Podium
  • Selasa, 27 Jun 2023

Petrus Shitembi beraksi bersama TFC pada musim 2022. — Facebook/TFC

PENYINGKIRAN Terengganu FC daripada aksi Piala FA boleh diibaratkan sebagai hempedu yang terpaksa ditelan rata-rata penyokong kelab tersebut.

Meskipun beraksi dengan cukup baik ketika menentang Kuala Lumpur (KL) City FC di pentas semifinal, ketumpulan barisan serangan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga mengheret aksi ke penentuan sepakan penalti.

Namun, harapan ramai pihak untuk menyaksikan skuad Sang Penyu mara ke dua pentas akhir Piala FA secara berturut-turut tidak kesampaian apabila pasukan Lembah Klang mara dengan keputusan 4-2.

Walaupun ramai mengatakan kemaraan skuad Warga Kota itu berpunca daripada kecemerlangan penjaga gol, Azim Al-Amin, ada juga yang menunding jari ke arah pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi atas penyingkiran itu.

Sehubungan itu, sebahagian daripada penyokong Terengganu FC yang berharap agar pemain yang turut dikenali dengan nama Mat Don itu digantikan menjelang jendela perpindahan kedua nanti.

Antara nama yang disebut-sebut untuk menggantikan pemain berusia 31 tahun ialah bekas pemain Terengganu FC sendiri iaitu Petrus Shitembi.

Hal ini kerana, Petrus dikatakan merupakan calon yang sesuai menggantikan Liridon berdasarkan reputasi dan pengalaman di atas padang.

Malah, terdapat tiga sebab utama bahawa pemain kelahiran Namibia itu wajar dibawa pulang Terengganu FC sebagai jeneral baharu untuk baki musim 2023:

1. Menggantikan Liridon yang kurang menyerlah

347377999_248983837843058_5156206046320489322_n

Liridon memohon maaf kepada peminat selepas gagal membantu TFC mara ke final Piala FA. — Facebook/TFC

Sepanjang 12 perlawanan aksi Liga Super, Liridon hanya berjaya meledakkan satu gol dan satu assists yang mana ia bukanlah satu rekod yang baik pada seorang pemain.

Selain itu, setiap kali diturunkan, pemain berketinggian 1.92 meter itu tidak menentu dan sering kali membuat kesilapan ketika berada di atas padang.

Malah, Mat Don dikatakan menjadi punca skuad Terengganu FC tewas 4-2 kepada Kuala Lumpur (KL) City menerusi penentuan penalti selepas perlawanan itu berkesudahan tanpa jaringan.

Sehubungan itu, penyokong berasakan pemain tersebut wajar diganti sebelum terlambat.

2. Prestasi Petrus musim lalu

1706829

Petrus cemerlang bersama skuad Sang Penyu pada musim lalu. — Facebook/TFC

Untuk rekod, Petrus pernah bermain bersama skuad Sang Penyu selama semusim sebelum dia dilepaskan pada tahun lalu.

Ketika bersama Terengganu FC, bekas pemain skuad Sang Badak ini menunjukkan prestasi yang sangat memberansangkan.

Dalam 14 penampilan Liga Super yang direkodkan, Petrus menjadi tulang belakang buat Terengganu FC apabila mencatatkan 10 bantuan jaringan di samping meraih satu gol peribadi.

Statistik tersebut membolehkan pasukan Pantai Timur itu muncul sebagai naib juara liga serta muncul dalam pentas akhir Piala FA 2022.

3. Berstatus ejen bebas

Ejen bebas bermaksud seseorang pemain tidak terikat tanpa sebarang kontrak dengan sebarang kelab dan mana-mana pasukan berhak untuk mengikatnya.

Sehubungan itu, melihat kepada situasi sekarang ini, ia merupakan peluang terbaik untuk skuad Sang Penyu menyambar khidmat Petrus tanpa perlu berbelanja dengan besar.

Namun begitu, mampukah Petrus menggalas tugas seperti yang diharapkan penyokong Sang Penyu? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram