AKSI menentang Kelantan FC diibaratkan sebagai perlawanan wajib menang buat Penang FC menjelang aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.
Bukan mengambil kesempatan terhadap masalah dalaman yang sedang dilalui The Red Warriors (TRW) tetapi ini adalah masa terbaik untuk Harimau Kumbang mendapatkan tiga mata pertama dalam separuh kedua saingan liga musim ni.
Dengan krisis yang sedang dilalui Kelantan, Penang tiada alasan untuk mendapatkan tiga mata selepas meraih keputusan seri menentang Kuala Lumpur (KL) City FC dan Negeri Sembilan sepanjang bulan lalu.
Manzoor Azwira akan memastikan kelabnya meraih tiga mata penuh di laman sendiri.
Ia juga dilihat sebagai misi membalas dendam selepas pasukan bimbingan Manzoor Azwira Abdul Wahid itu tewas 0-2 kepada Kelantan FC dalam aksi pertama di gelanggang lawan pada 5 Mac lalu.
"Sudah pasti kami perlu mendapatkan mata selepas gagal melakukannya ketika menentang KL City dan Negeri Sembilan.
"Tetapi apa yang positif, saya dapat melihat peningkatan dalam beberapa aspek, jadi kami berharap jaringan dapat dihasilkan dan kami dapat mencapai kemenangan,” katanya jurulatih Harimau Kumbang itu kepada Astro Arena.
Penang FC kini berada pada kedudukan ke-10 Liga Super dan mengumpul sebanyak 16 mata sepanjang 15 perlawanan musim ini. — Stadium Astro
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram