Buang De Gea, Man United buru penjaga gol muda Asia


  • Podium
  • Jumaat, 07 Jul 2023

Suzuki kini menjadi buruan United untuk menggantikan De Gea. — Agensi

SELEPAS melepaskan penjaga gol David De Gea, Manchester United dilaporkan dalam perbincangan akhir untuk melengkapkan perpindahan penjaga gol kebangsaan, Jepun Zion Suzuki.

Pasukan yang dibimbing Erik ten Hag itu memilih pendekatan lain untuk memburu penjaga gol Urawa Reds Diamonds itu.

Menurut laporan akhbar Sponichi, United menghantar bidaan formal sebanyak lebih RM29 juta untuk Suzuki.

Sekiranya perpindahan ini berlaku, ia akan menjadi perpindahan termahal dalam sejarah J1 League.

Rekod tersebut sebelum ini dipegang oleh penyerang Jepun, Kyogo Furuhashi yang mana perpindahannya ke Celtic pada 2021 menyaksikan nilai perpindahan berjumlah RM26 juta.

Suzuki ketika ini mewakili Urawa Reds Diamonds. Agensi

Suzuki belum lagi dipanggil menyertai skuad senior Jepun tetapi sudah mewakili Negara Matahari Terbit itu di peringkat skuad remaja.

Menariknya, penjaga gol itu boleh memilih sama ada mewakili Amerika Syarikat, Jepun atau Ghana di peringkat senior.

Ini kerana dia mempunyai kerakyatan dari tiga negara tersebut.

Ketika ini, Suzuki hanya merekodkan lima penampilan dalam kejohanan Liga Jepun.

Ini disebabkan jurulatih Maciej Skorza memberi kepercayaan kepada Shusaku Nishikawa sebagai penjaga gol utama. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram