Sabah asyik beli import 'flop', salah siapa? Pengurusan, ejen, atau ekspektasi tinggi fans The Rhinos?


  • Podium
  • Khamis, 06 Jul 2023

Cifu (kiri) dan Machado (kanan) sudah mula menjalani latihan bersama Sabah FC. — Facebook/Sabah FC

SEBELUM jendela perpindahan kedua dibuka secara rasmi pada awal bulan ini, sebahagian kelab Liga Malaysia (Liga M) terlebih dahulu membuat pengumuman menggugurkan beberapa pemain dan ia juga merupakan alternatif untuk mencari pengganti lebih baik.

Seperti yang dilakukan pihak pengurusan The Rhinos apabila mengambil keputusan untuk melepaskan khidmat penyerang import, Jacob Njoku pada Mei lalu selepas hanya hampir lima bulan bersama Sang Badak.

Njoku bukanlah seorang tonggak import yang memberi kesan postifi dalam pasukan berikutan hanya banyak beraksi bersama pasukan skuad simpanan Sabah yang beraksi di Piala MFL.

Penyerang Nigeria itu sempat membuat dua penampilan Liga Super di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee sebelum sah meninggalkan The Rhinos secara persetujuan bersama untuk membolehkan juga Njoku meneruskan kariernya dengan kelab lain.

jacob

Jacob mencapai kata sepakat bersama pasukan untuk menamatkan kontrak bersama skuad Badak. — Facebook/ Sabah FC

Namun begitu, jika dilihat kembali kepada pembeilan tonggak import The Rhinos, kebanyakan pemain yang dibawa masuk kurang memberikan impak dan jika dilihat dua tahun kebelakangan ini mereka hanya bertahan dalam tempoh enam bulan.

Sebagai contoh pembelian bekas penyerang Portugal, Jose Embalo pada musim lepas mendapat kritikan daripada penyokong berikutan dia hanya tampil dalam tujuh perlawanan selepas berhijrah ke The Rhinos pada Julai tahun lalu.

Disebabkan kekecewaan terhadap beberapa prestasi tonggak import The Rhinos itu, ramai penyokong mulai mempersoalkan mengapa Sabah FC sering membawa masuk pemain yang kurang memberikan impak dalam pasukan.

Adakah kesilapan pengurusan, ejen yang dilantik ataupun ekspektasi tinggi daripada pengikut The Rhinos menjadi punca pasukan berpangkalan di Borneo itu sering melabur pada import flop?

Bercakap mengenai pihak pengurusan, kesalahan pembelian import yang salah boleh diletakkan di bahu mereka berikutan pencarian pemain akan diteliti oleh pihak tertinggi Sabah FC sebelum menawarkan kontrak secara rasmi.

Perkara itu juga boleh berlaku apabila individu yang diberikan kepercayaan untuk menguruskan kemasukan pemain import mengamalkan sikap sambil lewa individu dengan tidak menyiasat latar belakang import tersebut.

embalo

Penyokong Sabah menggelar Embalo sebagai Maharaja Lawak di padang. Facebook Sabah FC

Selain itu, pelantikan ejen yang hanya mementingkan keuntungan peribadi juga boleh dianggap sebagai faktor Sabah FC sering mendapat import scam seperti Embalo dan Sam Garyahzon Johnson.

Sebelum ini, skuad Sabah FC memiliki penyerang yang berasal dari Liberia, Sam Garyahzon Johnson yang pernah membantu pasukan itu dalam saingan Liga Super musim 2021.

Pemain berketinggian 1.80 meter itu hanya mencetak dua gol dan dua hantaran bantuan dalam 10 penampilan bersama The Rhinos.

Pasukan yang memberi kepercayaan kepada ejen bola sepak untuk mencari pemain berisiko untuk mendapat import tidak mempunyai reputasi cemerlang dan golongan seperti ini hanya ingin mendapatkan komisen daripada kelab tanah air.

Faktor seterusnya import Sabah FC sering gagal memberikan persembahan cemerlang kerana tidak dapat memenuhi jangkaan tinggi penyokong yang berharap mereka akan tampil konsisten terutamanya di posisi penyerang.

penyokong

Penyokong Sabah FC akan meletakkan jangkaan tinggi kepada import baharu.

Bayangkan sahaja penyerang import yang tiba seperti Embalo mempunyai fizikal seperti penyerang tulen dengan ketinggian dan struktur tubuh yang sasa tapi hakikatnya gagal untuk memberikan persembahan cemrlang pada musim lepas.

Embalo hanya mencetak satu jaringan gol dalam tujuh penampilan dia diturunkan bersama The Rhinos dan kekecewaan penyokong kepadanya juga dapat dilihat apabila menggelarnya sebagai 'Maharaja Lawak' di padang.

Oleh itu, ramai penyokong mulai berteka-teki mengenai persembahan dua tonggak baharu iaitu pemain dari Brazil, Ramon Machado de Macedo dan bekas bekas sayap kanan Kelantan FC, Miguel Cifuentes bersama Sang Badak nanti. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram