Bakar suar: FAM denda JDT RM120,000, cuma jadi amalan tak buat kenyataan media lepas keputusan tatatertib dibuat


  • Podium
  • Khamis, 06 Jul 2023

Tiada tindakan daripada FAM terhadap insiden pembakaran suar di Stadium Sultan Ibrahim sebelum ini menimbulkan rasa kurang senang.

JOHOR Darul Takzim (JDT) sudah dikenakan tindakan disiplin daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disebabkan insiden pembakaran suar di Stadium Sultan Ibrahim, Johor kebelakangan ini.

Perkara itu diumumkan badan induk bola sepak negara tersebut pada Khamis dengan menyatakan juara Liga Super sembilan kali berturut-turut berkenaan dikenakan denda sebanyak RM120,000.

"Dengan pemakluman ini, diharap ia dapat memberi penjelasan kepada umum bahawa tindakan dan hukuman telah pun diambil oleh FAM bagi kesalahan membakar dan menyalakan suar yang sememangnya masih dikuatkuasakan dalam Kod Tatatertib FAM," tulis FAM.

Setakat separuh musim Liga Super, terdapat sekurang-kurangnya tiga insiden pembakaran suar di stadium berkenaan sehingga mengakibatkan rasa kurang senang.

Ini kerana kelab tersebut tidak dikenakan tindakan meskipun sering diberikan tekanan daripada penyokong bola sepak negara atas ketegasan FAM.

Bagaimanapun, jelas persatuan itu, denda sebegitu pernah dikenakan sebelum ini tetapi tidak diumumkan secara rasmi kepada orang ramai.

"Dengan pemakluman ini, diharap ia dapat memberi penjelasan kepada umum bahawa tindakan dan hukuman telah pun diambil oleh FAM bagi kesalahan membakar dan menyalakan suar yang sememangnya masih dikuatkuasakan dalam Kod Tatatertib FAM.

"Adalah sekarang menjadi amalan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk tidak membuat sebarang kenyataan media selepas keputusan dibuat," katanya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram