Ritual pelik setiap kali final, apa lagi Bojan Hodak akan buat ketika jumpa JDT?


  • Podium
  • Rabu, 05 Jul 2023

Musim lalu Bojan berjaya bawa KL City ke pentas final Piala AFC. — Facebook/AFC

PASUKAN Kuala Lumpur City FC (KL City FC) terpaksa menahan malu apabila tewas 1-6 ketika menentang pencabar gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) dalam perlawanan Piala Liga Super 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada 3 Julai.

Dalam perlawanan tersebut, penyerang Brazil, Diogo Luis Santo meledak hatrik pertamanya musim ini bagi membantu calon juara Liga Super JDT mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang 15 perlawanan liga.

Selain Diogo, tiga tonggak utama JDT turut membantu mencetak gol iaitu bintang muda tempatan, Arif Aiman Hanapi, pemain veteren, Safiq Rahim dan Akhyar Rashid.

Pada masa sama, jika nak tahu ketua jurulatih The City Boys mempunyai ritual 'pelik' setiap kali menjelang perlawanan final kerana dipercayai cenderung kepada kepercayaan tahayul.

Agaknya, apa lagi ritual 'pelik' yang bakal dilakukan oleh Bojan Hodak ketika menentang JDT dalam perlawanan akhir Piala FA 2023 pada 22 Julai depan.

Siapa tahu kemungkinan besar pengendali Croatia itu akan menyuruh anak buah kendaliannya mendengar lagu sinaran dendangan Shila Majid yang cukup sinonim dengan The City Boys.

bib kuning

Bojan mengenakan bib kuning dalam aksi final Piala Malaysia 2021. — Facebook/MFL

Berikut merupakan tindakan Bojan yang dianggap pelik sebelum ini apabila menjelang perlawanan akhir.

1. Bib Kuning

Ketika perlawanan menentang JDT, pasukan The City Boys diberikan bib kuning bersama baju-T merah dan Bojan mengenakan set itu dalam kempen Piala Malaysia daripada perlawanan pertama lagi.

Tangkal itu 'menjadi' apabila aksi yang memihak kepada KL City FC ialah ketika menentang Melaka United menerusi sepakan penalti yang membawa Warga Kota memenangi dengan keputusan 5-3.

Perkara itu pernah dikongsikan sendiri oleh pengendali Warga Kota apabila mengatakan bahawa bib kuning itu diberikan oleh penaja ketika perlawanan pertama untuk disarungkan menutupi baju T merah pasukan bagi membezakan dengan barisan pemain The City Boys di tengah padang.

Bekas pengendali JDT itu turut mendedahkan bahawa dia mempercayai bib kuning tersebut membawa tuah kepada pasukannya sehingga merekodkan tidak pernah kalah di tempat sendiri sepanjang musim 2021 termasuk aksi final Piala Malaysia.

bojan hodak

Bojan menamatkan kemarau 32 tahun KL City untuk merangkul Piala Malaysia pada 2021. Facebook/MFL

2. Baju-T merah

Pengendali KL City FC, Bojan memakai baju-T merah yang sama ketika aksi final Piala Malaysia menentang JDT yang mengejutkan penyokong tanah air.

Menjelang final itu, pemain-pemain turut dibekalkan oleh penaja satu set baju T merah yang baharu tetapi mereka juga terus mengenakan baju yang lama bagi mengekalkan tuah tersebut.

Ternyata, baju-T merah yang terdahulu dipakai ketika awal kempen, dan yang dikenakan pada malam final itu membawa tuah kepada Bojan.

pila

Bojan jurulatih pertama berjaya bawa Malaysia memenangi Kejohanan AFF B-18. Facebook/FAM

3. Dewan kecil hotel

Dalam perlawanan Kejohanan AFF Bawah 19 Tahun (B-19) yang diadakan di Surabaya, Indonesia pada 2018, skuad muda negara berjaya menewaskan Myanmar dengan keputusan 4-3 hasil jaringan Nik Akif Syahiran Nik Mat.

Bagaimanapun, Bojan didakwa mempratikkan kepercayaan tahayul itu bermula dari 2018 sehingga kini.

Kemenangan skuad muda negara tercetus selepas pihak hotel memberikan mereka bilik kecil untuk memudahkan urusan mesyuarat pasukan selain tempat mereka berehat selepas menjuarai Kumpulan B yang terdiri daripada pencabar utama seperti Myanmar, Kemboja, Timor Leste dan Brunei.

Bojan mempercayai bahawa dewan itu membawa tuah kepada pasukan negara dan berkeras mahu menggunakan dewan tersebut walaupun telah ditempah untuk satu majlis perkahwinan.

Dalam perlawanan Kejohanan AFF Bawah 19 Tahun (B-19) yang diadakan di Surabaya, Indonesia pada 2018, skuad muda negara berjaya menewaskan Myanmar dengan keputusan 4-3 hasil jaringan Nik Akif Syahiran Nik Mat.

Bojan mempercayai bahawa dewan itu membawa tuah kepada pasukan negara dan berkeras mahu menggunakan dewan tersebut walaupun telah ditempah untuk satu majlis perkahwinan.

Kepercayaan tahayul itu membuatkan ramai penyokong tidak sabar melihat apa kelainan yang bakal ditampilkan Bojan menjelang perlawanan akhir menentang JDT di pentas akhir Piala FA 2023.

Adakah Bojan akan menggunakan kepercayaannya dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini seperti memakai bib kuning dan baju T merah ataupun membuat kelainan baharu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram