Vida tunggu restu Zamsaham


  • Podium
  • Selasa, 04 Jul 2023

Datuk Seri Vida ketika bertanggungjawab sebagai pemilik Kelantan FC pada musim 2016. — Agensi

MASALAH dalaman yang timbul dalam pasukan Kelantan FC menyebabkan ramai pemain membuat keputusan untuk meninggalkan kelab itu dengan sebahagian menamatkan kontrak lebih awal dengan pasukan dari Pantai Timur itu.

Sebelum ini, beberapa pemain tempatan sudahpun meninggalkan pasukan lebih awal susulan isu pembayaran gaji yang tertunggak lantaran kemelut kewangan yang membelenggu kelab berkenaan.

Baru-baru ini, terdapat salah satu media tempatan memberikan bayangan seolah-olah Kelantan FC bakal menyambut kehadiran pemilik baharu tidak lama lagi.

Ramai yang mengandaikan salah satu nama yang bakal mengambil alih pemilikan itu ialah Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

WhatsApp Image 2023-07-04 at 00.53.52 (1)

Sebahagian pemain Kelantan FC menjalani latihan. — Facebook/TRWKelantanFC

Bercakap kepada Majoriti, Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd yang juga bekas penaja pasukan skuad The Red Warriors (TRW) tersebut terbuka untuk kembali menaja Kelantan jika bersesuaian dengan syaratnya.

Datuk Seri Vida atau DSV dilihat sesuai untuk menguruskan TRW berdasarkan pengalaman mengendalikan kelab itu sebelum ini.

Menurut DSV, beliau telah menghantar surat kepada pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengenai perbincangan kelab itu.

“Saya sudah hantar surat kepada Zamsaham untuk berbincang perkara tersebut.

“Memang saya akan berjumpa dengan dia tapi tunggu masa dari pihak mereka,” katanya kepada Majoriti.

Bagaimanapun, pihaknya kini sedang menunggu maklum balas daripada pihak pengurusan TRW mengenai perkara tersebut.

“Surat pindaan sekarang tengah tunggu jawapan daripada pengurusan Kelantan berkenaan tarikh, masa dan tempat.

“Kita tunggu Zamsaham bagi tarikh pertemuan yang akan diadakan," kongsinya.

Oleh itu, kemungkinan besar DSV yang bakal mengambil alih pasukan Kelantan FC dalam masa yang terdekat.

Untuk rekod, pada awal musim 2016, Vida Beauty menjadi penaja utama Kelantan dengan mengikat perjanjian bernilai RM16 juta bagi tempoh dua musim sehingga 2017. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram