'Saya tak perlu pujian, kaki jilat', surat FAM perkukuh status TRW


  • Podium
  • Rabu, 05 Jul 2023

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman. — Facebook/Zamsaham

KEMELUT masalah dalaman Kelantan FC berakhir apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkan kenyataan bahawa kelab itu terlepas sekatan perpindahan selepas berjaya membuat pembayaran penuh.

Perkara itu dikongsikan menerusi kenyataan rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia mengenai penarikan balik perintah larangan pendaftaran pemain tempatan dan antarabangsa terhadap kelab bola sepak Kelantan.

Sekatan perpindahan itu berlaku kerana “First Instance Body” (FIB) memaklumkan bahawa kelab Pantai Timur berkenaan dihukum atas kegagalan menghantar bukti bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ramai mengetahui bahawa kelab The Red Warriors (TRW) sebelum ini dibelenggu pelbagai masalah antaranya isu kewangan hingga mengakibatkan pemain tidak dibayar gaji sekali gus ramai antara mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut.

WhatsApp Image 2023-07-05 at 13.56.08

Tangkap layar surat rasmi daripada FAM. — Facebook/Zamsaham

Namun begitu, menerusi satu hantaran di ruangan komen, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mengatakan bahawa dia tidak memerlukan pujian daripada penyokong yang menyokong setia Kijang Merah.

"Lebih ramai yang nak tengok TRW berjaya daripada gagal. Saya tak perlukan pujian, kaki jilat. Cuma jangan menghasut sehingga Fitnah.

"Yang doakan kebaikan, saya doakan semula kejayaan kepada anda semua. Don't worry, lambat cepat saya selesaikan.

"TRW Tercorot? Insya-ALLAH TRW akan semakin maju. Usaha terus," katanya dalam ruangan komen.

Dalam pada itu, tindakan Zamsaham memuat naik hantaran status Facebook surat FAM bersama komen menguatkan lagi spekulasi bahawa Kelantan FC akan terus diterajui olehnya.

"Terima kasih FAM," katanya dengan turut menyertakan surat rasmi daripada badan induk itu.

Sebelum ini, ramai penyokong mempersoalkan kewibawaan usahawan tersebut sebagai seorang pemilik kelab yang mana dia dianggap kurang mampu menguruskan pasukan Kelantan FC ke arah yang lebih baik apabila terpalit dengan isu tunggakan gaji selain isu prestasi pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram